Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis rai sambutan merdeka dengan 60 GIF bertema Malaysia

-

KUCHING: Maxis Berhad meraikan sambutan merdeka dengan 60 GIF bertema Malaysia yang pertama di dunia dengan Hotlink Malaysiamo­ji.

Maxis menerusi kenyataan akhbarnya semalam berkata, 60 GIF itu menggambar­kan ungkapan Malaysia yang biasa digunakan seperti nasi lemak, ‘OTW’ dan ‘kaotim’.

Kata kenyataan itu, Hotlink merupakan yang pertama menawarkan GIF dengan istilah dan ungkapan Malaysia di laman web penjana GIF antarabang­sa dan ia tersedia di semua peranti telefon pintar menerusi Facebook mulai semalam.

“Bersempena Hari Kemerdekaa­n yang ke-60 dan untuk meraikan keunikan Malaysia, Hotlink telah memperkena­lkan Malaysiamo­ji, satu set 60 GIF khas yang menggambar­kan ungkapan atau gerak isyarat Malaysia yang merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita.

“Hotlink adalah yang pertama di negara ini untuk menawarkan GIF yang mempunyai tag Malaysia tersendiri.

“Ini bermaksud apabila pengguna mencari kata kunci yang berkaitan dengan Malaysia, GIF Hotlink Malaysiamo­ji akan menjadi antara hasil utama,” kata Ketua Prabayar Maxis Navin Manian menerusi kenyataan akhbar tersebut.

Tambahnya lagi, Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan adat resam, tetapi apa yang istimewa adalah bagaimana kita berkomunik­asi antara satu sama lain.

Katanya, oleh kerana sebahagian besar daripada rakyat negara pada masa ini suka berbual dan berkongsi di media sosial, kini Hotlink memberi cara yang lebih baik untuk meraikan keunikan Malaysia pada Hari Merdeka dengan pelbagai GIF yang boleh difahami oleh semua masyarakat.

“Selain itu, kami kini membawa Malaysia ke seluruh dunia dengan menawarkan GIF ini di platform antarabang­sa,” ujar beliau lagi.

Ungkapan seperti ‘muka sepuluh sen’, ‘power of the hand’ dan ‘ tolong’ adalah antara GIF yang akan men- jadi sebahagian daripada koleksi Malaysiamo­ji, yang boleh didapati di laman web penjana GIF.

Untuk menggunaka­n Malaysiamo­ji, pergi ke ruang komen Facebook, klik GIF dan cari # hotlinkmal­aysiamoji.

Untuk menyaksika­n video muzik Hotlink Malaysiamo­ji, klik sini: http://bit. ly/2iIHGhJ. Anda juga boleh melawat https://www.facebook. com/ hotlink/ untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

 ??  ?? PESTA MAKANAN KOREA: (dari kiri) Eksekutif Pasar Raya Everrise Vivacity, Yeo Seng Hock, Pengurus Stor, David Chin, Penyelia Jualan Box World, Ong Boon Tze, Eksekutif Jenama, Kenny Chew dan Kordinaor Projek, Vivia Cheong mempelawa orang ramai ke pesta...
PESTA MAKANAN KOREA: (dari kiri) Eksekutif Pasar Raya Everrise Vivacity, Yeo Seng Hock, Pengurus Stor, David Chin, Penyelia Jualan Box World, Ong Boon Tze, Eksekutif Jenama, Kenny Chew dan Kordinaor Projek, Vivia Cheong mempelawa orang ramai ke pesta...
 ??  ?? MALAYSIAMO­JI: Maxis Berhad meraikan sambutan merdeka dengan 60 GIF bertema Malaysia yang pertama di dunia dengan Hotlink Malaysiamo­ji.
MALAYSIAMO­JI: Maxis Berhad meraikan sambutan merdeka dengan 60 GIF bertema Malaysia yang pertama di dunia dengan Hotlink Malaysiamo­ji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia