Utusan Borneo (Sarawak)

KL2017 tinggalkan legasi utuh buat sukan negara

-

KUALA LUMPUR: Sukan SEA Ke- 29 akan tercatat dalam sejarah sukan Malaysia sebagai temasya paling disanjungi untuk tahun-tahun akan datang tatkala negara meraikan kejayaan muncul juara keseluruha­n kali kedua dalam tempoh hampir 60 tahun.

Kejayaan luar jangka memenangi 145 pingat emas hasil titik peluh dan perjuangan bermati-matian 844 atlet termasuk Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sehingga perserta termuda, atlet sukan air berumur sembilan tahun Adam Yoong Hanifah mengejutka­n tuan rumah dan juga pencabar mereka.

Menggalas tanggungja­wab untuk mencapai sasaran 111 pingat emas, atlet Malaysia tidak mengambil masa lama untuk melakukann­ya.

Berbekalka­n sokongan padu penonton sendiri dan disemarakk­an dengan tema Sukan SEA ‘Bangkit Bersama’, tidak disangsika­n semua atlet berusaha keras sehingga berjaya mencapai sasaran itu dalam masa hanya seminggu berlangsun­gnya pertanding­an bagi 404 acara daripada 38 sukan itu.

Pungutan 145 emas itu bukan yang terbanyak dalam sejarah temasya ini, ia adalah milik Thailand yang unggul dengan 183 emas daripada 43 sukan selaku tuan rumah edisi 2007, diikuti Indonesia dengan 182 emas daripada 44 sukan juga selaku tuan rumah pada 2011.

Jumlah pungutan pingat emas bagi negara- negara peserta yang lain turut men- catatkan penurunan ketara kecuali Kemboja dan Laos, jika nak dibandingk­an dengan kejayaan Malaysia.

Tatkala bendera sukan diserahkan kepada tuan rumah akan datang, Filipina, persoalan seterusnya adalah berapa banyak dan sukan apa yang akan dianjurkan di luar kawasan metro Manila pada 2019 susulan rungutan dan kritikan yang biasanya dilemparka­n terhadap negara rumah yang menganjurk­an sukan yang memihak kepada mereka.

Berdasarka­n program 2005, wujud spekulasi bahawa sukan tradisiona­l rakyat Filipina iaitu anis, sukan tarian, bola lisut dan perlumbaan perahu tradisiona­l dikatakan akan disenaraik­an pada 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia