Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan DUN Murum tubuh SABERKAS Cawangan Murum

-

KAPIT: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum baru-baru ini telah menubuhkan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Peringkat Cawangan Murum.

Penubuhan itu sekali gus menunjukka­n ia menyahut saranan Presiden SABERKAS Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang juga Ketua Menteri.

Rabu lalu, berlangsun­gnya Mesyuarat Tritahunan SABERKAS Cawangan Murum yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung SABERKAS Negeri Dr Abdul Rahman Junaidi.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapka­n berbanyak tahniah dan syabas kepada masyarakat Murum khasnya atas penubuhan SABERKAS Cawangan Murum ini.

“SABERKAS merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memain peranan penting dalam usaha memacu peranan belia di Sarawak, khasnya, sebab itulah kita amat menyambut baik penubuhann­ya di semua kawasan DUN,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) merangkap ADUN Pantai Damai juga percaya, menerusi peranan SABERKAS, ia diyakini mampu melahirkan kepimpinan belia berkaliber dan berkeboleh­an pada masa akan datang.

Malah pada masa sama, jelasnya, SABERKAS juga mampu menjadi tali penghubung antara belia dan kepimpinan kerajaan.

“Para ahli juga boleh menyalurka­n idea-idea bernas untuk kemajuan belia. Ini juga adalah secara berterusan kerana keahlian SABERKAS tiada had dan ia akan kekal hingga akhir hayat,” jelas- nya lagi.

Dalam pada itu, ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon dipilih sebulat suara oleh ahli-ahli SABERKAS Cawangan Murum untuk menerajui SABERKAS cawangan itu.

Dr Abdul Rahman memberitah­u, dengan pengalaman dan komitmen yang diberikan oleh Kennedy, beliau yakin banyak program serta aktiviti untuk para belia akan dilaksanak­an dari semasa ke semasa.

“Ini juga akan memberi peluang yang luas kepada para belia Murum untuk meningkatk­an diri daripada pelbagai sudut sama ada dari segi kepimpinan, peluang usahawan, sukan dan kebajikan dan sebagainya,” katanya.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Eksekutif SABERKAS Negeri Iszuan Haironi.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman (duduk, tengah) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa SABERKAS Cawangan Murum pada Mesyuarat Tritahunan SABERKAS Cawangan Murum, baru-baru ini. Turut kelihatan Chukpai (duduk, empat kanan).
UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman (duduk, tengah) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa SABERKAS Cawangan Murum pada Mesyuarat Tritahunan SABERKAS Cawangan Murum, baru-baru ini. Turut kelihatan Chukpai (duduk, empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia