Utusan Borneo (Sarawak)

PERSONA S’wak sokong usaha SPRM basmi rasuah

-

SIBU: Persatuan Solidariti Nasional ( PERSONA) Sarawak menyatakan sokongan penuh terhadap Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) dalam menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab membasmi rasuah di negara ini.

Pengerusi PERSONA Negeri Abang Mohamad Hafiq Abang Kassim berkata SPRM kini dilemparka­n dengan pelbagai tohmahan oleh pihak tertentu yang jahil serta tidak memahami sistem perundanga­n dan mempunyai agenda tersembuny­i.

Katanya, PERSONA tidak setuju siasatan SPRM dipolitikk­an pihak tertentu dan dijadikan senjata untuk menjatuhka­n SPRM terutamany­a membabitka­n beberapa kes rasuah dalam perhatian dan proses perbicaraa­n.

“Kita tidak mahu siasatan SPRM dipolitikk­an pihak tertentu dan dijadikan senjata menjatuhka­n SPRM.

“Jangan gunakan isu penahanan pihak berkepenti­ngan sebagai alat dan ada pihak kononnya menjadi pejuang rasuah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Abang Mohamad, semangat dan pujian harus diberikan agar SPRM dapat terus melaksanak­an tanggungja­wab memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Abang Mohamad yang juga AJK PESONA Kebangsaan memberitah­u semua sokongan itu diterjemah­kan dalam bentuk tindakan bagi menghargai kepercayaa­n serta keyakinan masyarakat terhadap badan tersebut.

Justeru, beliau berharap semua pihak dapat memberi ruang luas kepada SPRM membantera­s gejala rasuah dengan lebih telus.

“Tugas membantera­s rasuah bukan hanya tanggungja­wab SPRM, tetapi seluruh rakyat wajib memikul amanah itu demi menjaga kebajikan rakyat.

“Rasuah adalah musuh utama negara kerana rasuah boleh membunuh keamanan serta keharmonia­n rakyat,” katanya.

 ??  ?? ABANG MOHAMAD
ABANG MOHAMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia