Utusan Borneo (Sarawak)

Program Sehari Bersama PAKK Mukah meriah

-

MUKAH: Sempena Bulan Kemerdekaa­n, lebih 100 kanak-kanak dan belia, ibu bapa dan masyarakat di sini memeriahka­n Program Sehari Bersama Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Mukah.

Program bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ anjuran bersama PAKK Mukah dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Mukah, Pertubuhan Belia Parlimen Mukah, Skuad Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Mukah dan sayap belia Persatuan Melanau Mukah.

Pengerusi penganjur, Royston Valentone berkata pelbagai aktiviti dirancangk­an sebagai pengisian program itu seperti gotong-royong membersihk­an kawasan PAKK Mukah, pertanding­an mewarna, karaoke lagu-lagu patriotik, deklamasi sajak kemerdekaa­n, permainan dalaman, kuiz bertemakan kemerdekaa­n dan nyanyian secara ‘busking’.

“Kita bermula sejak jam 10 pagi dan semua aktiviti dan pengisian program telah dilaksanak­an dengan lancar dan tamat jam 5.30 petang,” katanya.

Menurutnya, ini merupa- kan program kelapan PAKK Mukah tahun ini dan pihaknya menyasarka­n melaksana 10 program utama sepanjang tahun.

Antara program PAKK dilaksanak­an sebelum ini ialah Kem Cuti Sekolah, Sukaneka Hari Keluarga, gotong- royong memasak bubur lambuk, Ziarah Ramadan, Komuniti Prihatin, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih PAKK Mukah dan Kelas - Latihan Akademi Bola Sepak (secara mingguan sepanjang tahun).

Perasmian dan penyampaia­n hadiah kepada pemenang disempurna­kan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Mukah Aziah Saruji.

Turut hadir Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Sarawak Diana Stanislaus, Pegawai Unit Kanak-Kanak Bahagian Mukah Johaini Jemat, Pegawai JASA Parlimen Mukah, Hafizzul Abdul Halim dan Pengerusi Akademi Pembanguna­n Bola Sepak Setiaraja Mukah Jamal Wasli.

 ??  ?? BERSAMA PAKK: Warga Mukah yang menyertai Program Sehari Bersama PAKK Mukah.
BERSAMA PAKK: Warga Mukah yang menyertai Program Sehari Bersama PAKK Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia