Utusan Borneo (Sarawak)

Tugas wakil rakyat besar, perlu komited

Banyak yang perlu dilaksana terutama wakil rakyat yang dipilih pada PRU14 nanti

-

Sebagai wakil rakyat, saya berpendapa­t bahawa keikhlasan dan integriti masih menjadi kunci utama untuk memenangi hati rakyat.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin berkata, tanggungja­wab yang digalas wakil rakyat bukan mudah dan memerlukan komitmen tinggi.

Menurut beliau, banyak lagi tugasan yang perlu dilaksana terutama wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

“Tugasan sebagai wakil rakyat bukanlah tugasan yang mudah tetapi memerlukan komitmen yang tinggi dan masa yang lebih. Sebagai wakil rakyat, saya berpendapa­t bahawa keikhlasan dan integriti masih menjadi kunci utama untuk memenangi hati rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis Randau Bersama Rakyat di Rumah Ganya, Nanga Lempa yang turut dihadiri pelobi Calon BN/PDP (Parti Demokratik Progresif) Saratok, Subeng Mula di Saratok baru-baru ini.

Justeru, beliau menyeru penduduk Saratok khasnya masyarakat di kawasan Nanga Lempa memberi sokongan kepada mana- mana calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada PRU14 yang bakal diadakan bila-bila masa

Duat berkata, pilihan pucuk pimpinan nanti perlulah betul untuk memberikan impak pembanguna­n sewajarnya kepada Saratok.

Rolland Duat Jubin ADUN Meluan

Menurut beliau, pada perbincang­an mesyuarat Ahli-Ahli Majlis Tertinggi di Bintulu 29 Julai lepas, hanya dua pelobi sahaja dari PDP yang dibenarkan terus melobi sebagai calon BN pada PRU.

“Pelobi-pelobi yang dimaksudka­n Subeng Mula dan Dr James Chella,” jelasnya.

Sementara itu, pelobi calon BN/PDP Saratok, Subeng dalam ucapannya berkata, beliau berpuas hati dan amat menghargai sumbangan setiap individu kepada beliau sepanjang tempoh beliau melobi sebagai calon BN.

Katanya, segala kerjasama tersebut memberi semangat kepadanya untuk meneruskan perjuangan beliau.

“Saya sedia menerima apa sahaja pilihan pucuk pimpinan berkenaan calon BN di Parlimen Satok kerana yakin keputusan tersebut semestinya berdasarka­n penilaian menyeluruh.

“Sudah pasti pucuk kepimpinan mengambil perhatian di setiap sudut untuk membuat penilaian dan memutuskan pilihan terbaik,” katanya.

Beliau pada masa yang sama menyeru rakyat Saratok agar memberikan sokongan penuh kepada mana-mana pelobi yang akan dicalonkan BN pada PRU14 di Parlimen Saratok nanti.

Pada majlis berkenaan, Subeng turut menyampaik­an sumbangan dana kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Tuai Rumah Ganya.

Sebelum itu, Subeng menghadiri Program Randau Bersama Rakyat di Rumah Matar, Lubok Renit di Saratok yang dihadiri 400 tetamu pada 19 Ogos lepas.

 ??  ?? SIMBOLIK: Rolland (dua kanan) bersama Subeng (dua kiri) serta tetamu lain melakukan simbolik program Randau Bersama Rakyat di Rumah Ganya di Nanga Lempa, Saratok.
SIMBOLIK: Rolland (dua kanan) bersama Subeng (dua kiri) serta tetamu lain melakukan simbolik program Randau Bersama Rakyat di Rumah Ganya di Nanga Lempa, Saratok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia