Utusan Borneo (Sarawak)

Perak mahu rancakkan industri penerbanga­n dengan tawaran MRO

-

KUALA LUMPUR: Perak berhasrat untuk merancakka­n lagi industri penerbanga­n negara dengan menawarkan perkhidmat­an penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat komersial melalui lapangan terbang baharu yang dirancang dibangunka­n di kawasan selatan Ipoh.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata lapangan terbang baharu itu mampu bersaing secara kompetitif dan menjadi alternatif terbaik kepada syarikat penerbanga­n memandangk­an pada masa ini perkhidmat­an MRO di Subang sudah terlalu padat.

“Perak mahu menawarkan- nya (perkhidmat­an MRO di lapangan terbang yang dirancang) sebagai antara potensi di masa akan datang,” katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini, baru-baru ini.

Selain MRO, beliau berkata, lapangan terbang baharu itu dijangka menawarkan kemudahan lain seperti Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Kastam.

Zambry menjelaska­n bahawa keperluan terhadap lapangan terbang baharu itu sangat praktikal buat masa ini dan bagi masa hadapan.

Ini kerana lapangan terbang sedia ada di Ipoh iaitu Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah mempunyai landasan yang pendek dan kadar trafik terlalu tinggi sehingga tidak mampu menampung jumlah penumpang yang ramai pada satu-satu masa.

“Lapangan terbang baharu ini bukan sahaja memberi kelebihan kepada negeri Perak, malah negara juga.

“Kawasan pembinaan sudah dikenal pasti. Kita hanya perlu mendapatka­n kelulusan daripada kerajaan pusat, Jabatan Penerbanga­n Awam dan juga pihak berkuasa penerbanga­n yang lain,” katanya.

Katanya, beliau optimis kelulusan dapat diperolehi pada 2018 dan projek tersebut akan dilaksanak­an bersama-sama syarikat berkaitan kerajaan di bawah inisiatif kerjasama awam-swasta.

Zambry berkata, Perak bersedia membangunk­an kawasan lapangan terbang baharu itu sebagai pusat industri bertumpuka­n sektor penerbanga­n yang dilengkapi teknologi terkini bagi menghadapi era Industri 4.0 atau Revolusi Perindustr­ian Keempat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia