Utusan Borneo (Sarawak)

ASADIA buka kelas betaboh di Eastern Mall

- SELEPAS

kejayaan beberapa siri kelas betaboh (main alat muzik Iban), Akademi Persatuan Dayak Iban Sarawak (ASADIA) melebarkan lagi penganjura­n kelas ini.

Kali ini, ASADIA membuka satu lagi kelas betaboh di luar Ibu Pejabat SADIA di Kota Sentosa dekat Kuching, iaitu di Eastern Mall, Siburan.

Ketua ASADIA, Mabong Unggang berkata penganjura­n kelas betaboh di Siburan ini adalah bagi memudahkan para peserta terutama di kawasan Siburan dan berdekatan menyertai kelas ini.

Kelas sedia ada di Ibu Pejabat SADIA yang terletak di Kota Sentosa dekat Kuching katanya adalah terlalu jauh untuk mereka yang tinggal di kawasan Siburan.

“Kelas betaboh ini merupakan kelas yang kedua ASADIA di Eastern Mall ini selepas kelas tarian ngajat Iban bagi siri yang pertama pada bulan Jun lepas.

“Saya berharap mereka yang tinggal dalam kawasan Siburan ini akan memberi sokongan kepada apa juga program yang sedang akan akan kita laksanakan di sini,” katanya.

Tambah Mabong, selain ngajat Iban dan betaboh akademi katanya turut merancang untuk menganjurk­an kelas kebudayaan yang lain di Eastern Mall ini.

Antara program yang dalam perancanga­n akademi ialah kelas gendang pampat, kelas sape dan juga kelas kuntau (seni mempertaha­nkan diri Iban).

“Apa yang menariknya di Eastern Mall ini ialah peserta kita dilatih di satu ruang yang terbuka di mana dapat ditonton oleh para pengunjung ke pusat beli-belah ini.

“Ini bermakna, di samping kita mengajar para peserta akan seni-seni kebudayaan ini kita pada masa yang sama turut mempromosi­kan budaya ini kepada orang ramai.

“Secara tidak langsung ia dapat menarik minat orang ramai untuk menyertai dan mempelajar­i program yang kita anjurkan,” katanya.

ASADIA menurut Mabong lagi turut merancang untuk memperluas­kan lagi kelas- kelas kebudayaan mereka ke seluruh negeri ini jika peruntukan mencukupi termasuk di rumah panjang berdekatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia