Utusan Borneo (Sarawak)

Program pemvaksina­n antirabies di Jalan Arang dapat sambutan

-

KUCHING: Program pemvaksina­n antirabies yang diadakan di Gelanggang Bola Kerajang di Jalan Arang menerima respons menggalakk­an daripada orang ramai di sini, semalam.

Bermula pada jam 10 pagi, program dikendalik­an oleh tiga agensi berkaitan iaitu Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPVS), Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Menurut Pegawai Veterinar bertugas Dr Sylmie Al-Harir, sebanyak sembilan kaunter disediakan khas semalam yang mana setiap daripadany­a diketuai seorang pegawai veterinar.

“Setiap pasukan akan dilengkapi empat ahli tambahan dan ini bermakna kita mempunyai lima kekuatan, di mana kita dibekalkan 50 vial vaksin setiap kumpulan.

“Hari ini ( semalam) kita berharap dapat menyuntik sebanyak mungkin anjing yang divaksinka­n dan kita menyasarka­n 4,500 anjing dapat divaksikan nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Menurutny a , deng a n menyediaka­n sembilan kaunter diharap ia mengurangk­an kesesakan yang boleh mendatangk­an tekanan kepada anjing-anjing yang dibawa.

Jelas beliau, pihak mereka juga tidak akan menghampak­an pemilik haiwan yang datang sekiranya mereka bukan dari kawasan yang disasarkan.

“Kita tidak akan mengarahka­n mereka balik dan kita membuat pendaftara­n kad pengenalan hanya untuk merekodkan berapa banyak haiwan telah kita vaksinkan.

“Mereka datang untuk memberi kerjasama dan kita tidak akan menghampak­an mereka,” katanya sambil memberitah­u kecuali pemilik kucing kerana vaksin hanya untuk anjing sahaja.

Dr Sylmie turut menasihatk­an terutama kepada pemilik haiwan yang datang mendapatka­n suntikan vaksin di mana-mana program pemvaksina­n agar lebih peka dan bertanggun­gjawab.

Katanya, ia bagi mengge- lakkan perkara yang mendatangk­an tekanan kepada anjing yang dibawa selain memastikan haiwan mereka diikat dengan cara betul.

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Kai ketika ditemui memberitah­u, SUPP dengan rasa berbesar hati membantu pegawai dari- pada agensi berkaitan agar program berjalan dengan lancar dan teratur.

“SUPP membantu khasnya dari segi logistik di mana kita mendapatka­n atau menempah tempat yang digunakan seperti gelanggang bola keranjang ini selain anggota RELA bagi memudahkan aliran trafik.

“Kita juga membantu dari segi membersihk­an tempat yang digunakan dan kita berharap usaha ini membantu menjalanka­n program dengan lancar,” katanya.

SUPP, kata beliau, terus membantu jabatan berkaitan dalam mencari serta mencadangk­an lokasi yang terbaik bagi menganjurk­an program berkenaan.

“Hari ini (semalam) kita menerima respons amat baik. Kami juga pernah berbincang dengan JPVS dengan mencadangk­an lebih banyak lagi kawasan terlibat dengan program seperti ini,” kata beliau.

 ??  ?? TENANG: Pemilik turut membantu pegawai bertugas mengendali­kan suntikan terhadap anjing mereka.
TENANG: Pemilik turut membantu pegawai bertugas mengendali­kan suntikan terhadap anjing mereka.
 ??  ?? DR SYLMIE
DR SYLMIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia