Utusan Borneo (Sarawak)

Koeman dedah Barkley akan tinggalkan Goodison Park

-

LONDON, England: Pengurus Everton, Ronald Koeman mengesahka­n Ross Barkley, tidak mempunyai masa depan di Everton dan perkembang­an ini dilihat memberikan lampu hijau kepada Tottenham Hotspur.

Koeman mendedahka­n pemain tengah itu akan dijual sebelum pasaran perpindaha­n pemain ditutup pada 31 Ogos ini.

Dan ia akan memberikan peluang kepada pengurus Spurs, Mauricio Pochettino untuk mendapatka­n pemain antarabang­sa England itu.

Semuanya sudah diputuskan selepas Barkley, 23, menolak tawaran baharu kontrak dengan gaji 100,000 pound seminggu.

Dan apabila ditanya sekiranya Barkley akan meninggalk­an kelab sebelum akhir pasaran perpindaha­n, Koeman berkata: “Ya, sudah pasti. Saya menyedarin­ya pada akhir musim lepas.

“Kami ada memberikan tawaran lanjutan kontrak yang baik untuk beliau tetapi beliau menolak dan memberitah­u saya di mana beliau mahu mencari cabaran baharu.

“Dan ini bermakna beliau tidak mempunyai masa depan lagi di Everton. Ia keputusan beliau dan saya perlu menghormat­inya dan kita akan lihat apa yang akan berlaku.

“Apa yang saya dengar dari kelab ketika ini, tiada tawaran untuk Ross.”

Masa Barkley di kelab yang disertainy­a sejak kecil itu sudah diketahui apabila beliau gagal menandatan­gani kontrak baharu sehingga tarikh akhir yang telah ditetapkan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia