Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM cadang perluas penggunaan sistem E-Reporting

-

MELAKA: Empat ahli Parlimen United Kingdom melakukan kunjungan ke Dewan Undangan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.

Ketibaan delegasi dia n g g o t a i B a r o n e s s Northover daripada House of Lords dan tiga anggota House of Commons i a i t u S i r David Amess, John Whittingda­le dan Chris Leslie pada kira-kira 11 pagi itu disambut Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Mohamad.

Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Ab Wahab Ab Latip dan timbalan pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Sukan dan Antidadah negeri Datuk Ng Choon Koon.

Delegasi itu menghabisk­an masalebihs­ejammelawa­t tempat persidanga­n dewan berkenaan serta bertukar- tukar pandangan dengan Othman, Ab Wahab dan Ng tentang sistem Dewan Undangan Negeri Melaka.

Pelawat berkenaan juga diberi taklimat tentang Melaka, termasuk Perlembaga­an Negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas kunjungan itu, Othman berkata Dewan Undangan Negeri Melaka berasa bertuah dan amat gembira kerana menerima kunjungan anggota Parlimen berkenaan di bawah program Persatuan Parlimen Komanwel (CPA).

“Mereka sungguh tertarik dengan skema warna yang terang dan ceria di dewan persidanga­n serta hiasan yang kami gunakan bagi menyemarak­kan semangat dewan undangan kami. Perkara mengenai fungsi anggota dewan di sini juga mencetuska­n perbualan menarik antara kami,” kata beliau. — Bernama KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia ( PDRM) bercadang memperluas­kan penggunaan sistem E- Reporting iaitu laporan polis secara dalam talian bagi kes jenayah dan trafik.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah memohon pihak peguam negara mengkaji pelaksanaa­n perkara itu kerana ia melibatkan implikasi undangunda­ng.

“Buat masa ini sistem EReporting tidak dapat dilaksanak­an terhadap laporan kes jenayah dan trafik kerana ia melibatkan implikasi undang- undang... saya harap implikasi undang- undang ini dapat diselesaik­an dengan segera dan kemudahan ini akan dinikmati oleh semua masyarakat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman, di sini semalam.

Khalid berkata penggunaan sistem itu akan diperl- uas ke seluruh negara dalam masa terdekat sebaik infrastruk­tur dinaik taraf secara berperingk­at.

Pada 10 Mac lepas, Khalid melancarka­n sistem EReporting yang hanya boleh diguna pakai di Kuala Lumpur bagi warganegar­a Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, manakala kes yang dilaporkan tidak membabitka­n kes jenayah atau yang tidak memerlukan siasatan lanjut polis.

Jenis aduan yang boleh dibuat menerusi E-Reporting adalah kes hilang atau tercicir kad pengenalan, lesen memandu, pasport, kad kredit atau kad ATM, hilang telefon bimbit, komputer riba, cukai jalan dan kes pembantu rumah lari daripada majikan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembang­an Ops Cantas Khas, beliau berkata operasi yang dilaksanak­an baru-baru ini adalah bagi memburu individu yang cuba merekrut anak muda terlibat dalam gejala gengsteris­me.

“Kita ingin pastikan anak muda khususnya pelajar sekolah tidak terjerumus atau terpengaru­h dengan aktiviti gengsteris­me sama ada di dalam atau di luar sekolah mereka,” katanya.

Pada 19 Julai, Khalid melalui laman Twitter rasminya mengesahka­n seramai 62 anggota kongsi gelap ditahan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah menerusi Ops Cantas Khas pada 18 Julai.

T e r d a h u l u , K h a - lid dalam ucapannya berkata bagi tahun 2016 dan 2017 PDRM melalui Bahagian Pengangkut­an Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi ( StaRT) telah menerima aset-aset alih daripada kerajaan iaitu sebanyak 500 unit motosikal dan 11 buah kenderaan pelbagai jenis.

“Sebanyak 40 buah pelbagai jenis kenderaan diperoleh hasil sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak tertentu,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Othman (kiri) mengiringi Barroness Northover (depan) melawat Dewan Persidanga­n ketika menerima kunjungan daripada Ahli Parlimen United Kingdom semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Othman (kiri) mengiringi Barroness Northover (depan) melawat Dewan Persidanga­n ketika menerima kunjungan daripada Ahli Parlimen United Kingdom semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia