Utusan Borneo (Sarawak)

Pemikiran Salahuddin tentang MA63 sangat cetek

Kenyataan pemimpin Amanah telah menggambar­kan kepimpinan parti pembangkan­g itu: Abang Johari

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub mengenai rombongan peguam dari Sarawak ke London adalah fikiran yang cetek.

Ketua Menteri Datuk Amar AbangJohar­iTunAbangO­peng berkata, kenyataan pemimpin parti itu telah menggambar­kan kepimpinan mereka.

“Sangat cetek, mereka amat berfikiran cetek, itu sahaja. Ini menggambar­kan kepimpinan mereka dalam parti pembangkan­g. Adalah amat susah untuk kita bergantung kepada pimpinan seperti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Jerayawara Lembaga Kejurutera­an Malaysia (BEM)2017 dan menyaksi-

Sangat cetek, mereka amat berfikiran cetek, itu sahaja. Ini menggambar­kan kepimpinan mereka dalam parti pembangkan­g. Adalah amat susah untuk kita bergantung kepada pimpinan seperti itu.

kan Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) di sini, semalam.

Pada 1 Julai lepas, akhbar menyiarkan bahawa Sarawak akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Tindakan itu bagi menentukan hak-hak sebenar negeri ini yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.

Ekoran itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dalam portal berita mendakwa bahawa tindakan kerajaan negeri menghantar pasukan peguam ke London untuk meneliti MA63 dibimbangi memberi peluang kepada campur tangan asing dalam undang-undang negara.

Salahuddin turut mengadakan sidang media yang bimbang bahawa rombongan peguam itu ke London selain turut mempersoal­kan sama ada kerajaan negeri akan terus menyokong BN di Semenanjun­g Malaysia dan menyifatka­n ada kecelaruan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n.

Mengulas lanjut, Abang Johari menegaskan bahawa tujuan pasukan berkenaan ke London adalah untuk meneliti dan mencari fakta dalam perkara berkenaan.

“Saya akan memberitah­u anda (pemberita) apabila mereka balik nanti,” ujarnya.

Rombongan berkenaan diketuai Menteri Muda Undang- Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TUMPUAN: Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Jerayawara BEM 2017 di Kuching, semalam.
TUMPUAN: Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Jerayawara BEM 2017 di Kuching, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia