Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO yakin rampas DUN Kadamaian

-

KOTA BELUD: Ketua Wanita UMNO Kota Belud Eyung Latun yakin Barisan Nasional (BN) mampu mengekalka­n kerusi Parlimen Kota Belud serta dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen itu iaitu Usukan dan Tampasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata, berdasarka­n pencapaian terbaik BN hasil pimpinan UMNO di Parlimen itu, pihaknya juga yakin mampu merampas kembali kerusi DUN Kadamaian yang dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum lepas.

Bahkan katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kadamaian Jeremmy Malajad juga kini menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN selepas keluar daripada PKR pada November 2013.

“Apabila melihat kepimpinan semua wakil rakyat di ketiga-tiga DUN berkenaan, saya yakin UMNO dan BN akan menang pada pilihan raya umum akan datang. Kesemua mereka (wakil rakyat) sentiasa turun padang tanpa mengira masa.

“Inilah sikap pemimpin di Kota Belud, mereka sentiasa berjumpa rakyat demi mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m antara rakyat dan pemimpin. Mereka bukan pemimpin yang duduk di rumah dan hanya mendengar khabar berita,” katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamanny­a, di sini kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang juga ADUN Usukan serta Setiausaha Politik beliau, Datuk Baharul Sawi.

Eyung berkata, Wanita UMNO Kota Belud akan terus berdiri teguh di belakang kepimpinan UMNO dan BN di kawasan berkenaan.

“Kami bersedia menghadapi pilihan raya akan datang selepas sahaja pilihan raya lepas. Kami melaksanak­an pelbagai program seperti ziarah kasih di kesemua DUN di Parlimen Kota Belud dan kami yakin tiada siapa pun yang mampu menggugat kekuatan Umno dan BN di kawasan ini,” katanya.

Pada masa sama, Eyung memuji usaha Salleh yang tidak pernah jemu bertemu dan bermesra dengan rakyat di kawasan parlimen berkenaan.

“Sejak dahulu lagi, beliau (Salleh) sentiasa turun padang berjumpa rakyat. Bukan pada musim Aidilfitri sahaja, malah beliau sentiasa menghadiri semua sambutan perayaan yang diadakan termasuk Tahun Baharu Cina, Krismas dan Kaamatan,” katanya.

Terdahulu, sebelum menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Eyung, Salleh meluangkan masa berkunjung ke beberapa majlis rumah terbuka di daerah berkenaan, termasuk rumah terbuka Aidilfitri keluarga Datu Rambangan di Kampung Bua Pintasan.

 ??  ?? YAKIN: Salleh (lima kiri) merakam gambar kenangan bersama tetamu pada rumah terbuka Aidilfitri Eyung.
YAKIN: Salleh (lima kiri) merakam gambar kenangan bersama tetamu pada rumah terbuka Aidilfitri Eyung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia