Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki Nepal beri rasuah polis ditahan

-

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan dua lelaki warga Nepal kerana memberi rasuah kepada anggota polis ketika disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu di Jalan Kebun Sireh, Bukit Tengah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian jam 11.20 pagi itu anggota polis yang sedang membuat rondaan bermotosik­al di kawasan itu menahan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigak­an.

“Anggota polis itu meminta lelaki warga Nepal yang menunggang motosikal bersama rakan senegarany­a menunjukka­n dokumen perjalanan diri dan lesen memandu sebelum dia menyerahka­n ‘Enforcemen­t Card’ (E-Kad) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Lelaki berkenaan bagaimanap­un mengaku tidak mempunyai lesen memandu dan ekoran itu anggota polis tersebut mengeluark­an saman ke atas penunggang motosikal terbabit,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata ketika ang- gota polis berusia 29 tahun itu mengarahka­n lelaki Nepal berkenaan menandatan­gan saman, penunggang motosikal berkenaan menyatakan ingin menyelesai­kan perkara tersebut dengan cepat dan menawarkan wang sebanyak RM100.

Nik Ros Azhan berkata anggota polis berpangkat Lans Koperal itu bertindak menolak walaupun lelaki berkenaan menawarkan rasuah sebanyak empat kali kepadanya dengan menghulurk­an dua keping wang RM50.

“Pembonceng motosikal itu kemudianny­a bertindak memasukkan wang berkenaan ke dalam poket seluar anggota itu sebelum polis tersebut terus menahan dua lelaki Nepal terbabit kerana memberi rasuah serta merampas duit itu,” katanya.

Katanya, kedua-dua lelaki berusia 22 dan 33 tahun itu akan direman hari ini di Mahkamah Bukit Mertajam untuk siasatan lanjut kes berkenaan.

Dalam perkembang­an lain, Nik Ros Azhan berkata polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun dipercayai aktif menjalanka­n kegiatan pecah rumah di sekitar daerah SPT dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Permata, di sini Jumaat lepas.

“Dalam serbuan itu polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil pecah rumah antaranya tablet, telefon bimbit, barangan kemas dan sebuah motosikal yang digunakan untuk kegiatan jenayah suspek,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang positif dadah dan dipercayai terlibat beberapa kes pecah rumah sejak dua bulan lepas itu kini direman empat hari untuk siasatan lanjut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia