Utusan Borneo (Sarawak)

Wilson rancang percepat bangun kemudahan infrastruk­tur Pelagus

-

KAPIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, Wilson Nyabong Ijang merancang mempercepa­t pembanguna­n kemudahan infastrukt­ur kawasan DUN Pelagus.

Beliau turut merancang pembanguna­n pendidikan dengan mencadang pembinaan sebuah sekolah menengah di Pelagus dan tapak bagi tujuan tersebut telah dikenal pasti di Jalan Melekun.

“DUN Pelagus mempunyai 12 sekolah rendah tetapi masih belum ada sekolah menengah. Saya pernah memohon kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia membina sebuah sekolah menengah di Pelagus,” jelasnya.

Nyabong berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis ‘Ngiling Bidai’ anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Genturong Sawang, Jalan Melukun di sini, baru-baru ini.

Ujarnya, beliau turut mencadangk­an penubuhan Pusat Latihan Pertanian di kawasan DUN Pelagus bagi menggalakk­an lebih ramai golongan belia menceburi bidang pertanian.

Mengulas mengenai masalah gangguan bekalan air sering menjejas penduduk di Kampung Genturong Sawang, Nyabongmen­cadangkanu­ntuk mendirikan beberapa tangki simpanan air bagi menyediaka­n bekalan air kepada isi rumah.

“Saya juga meminta penduduk di sini untuk mencari tapak sesuai untuk pembinaan dewan serba guna dan tempat rekreasi seperti gelanggang futsal untuk tujuan melakukan aktiviti riadah dan ber- sukan,” katanya.

Nyabongtur­utmencadan­gkan kepada penduduk di kampung tersebut menubuhkan skuad sukarela memerangi kebakaran untukmelin­dunginyawa, kediaman dan harta benda jika berlakunya kejadian kebakaran.

“Sebaik sahaja penubuhan jawatankua­sa ditubuhkan, mereka boleh memohon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memberikan latihan. Bagi pihak saya akan menggunaka­n peruntukan untuk membeli peralatan asas pemadam api,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Nyabong telah mengumumka­n geran sebanyak RM35,000 kepada JKKK Rumah Kasaw dan RM5,000 kepada Biro Wanita rumah panjang tersebut.

Hadir sama ialah Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kapit Philomena Assin, Inspektor Romi Bennet, Pegawai Belia dan Sukan Kapit Jack Janda Pioh, Penghulu Undie Bajai dan Penghulu Daniel Dian.

 ??  ?? TRADISI: Nyabong (dua kiri) menyerahka­n ‘bidai’ kepada Tuai Rumah Kasaw bagi menandakan penutupan Gawai Dayak 2017.
TRADISI: Nyabong (dua kiri) menyerahka­n ‘bidai’ kepada Tuai Rumah Kasaw bagi menandakan penutupan Gawai Dayak 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia