Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Sim gesa ahli SUPP bersatu raih mandat PRU14

-

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian menggesa seluruh ahli parti supaya kembali bersatu bagi memenangi mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Berucap pada ulang tahun ke-58, SUPP Cawangan Kuching malam kelmarin, Dr Sim berkata meskipun berhadapan pelbagai krisis, namun parti ini masih dapat bertahan sehingga ke hari ini.

“Mengapa kita dapat bertahan selepas 58 tahun? Ini kerana kita (SUPP) bukan parti politik yang berhimpun untuk makan, minum dan berparti sahaja tetapi presiden terdahulu kita berkhidmat untuk rakyat.

“Tahun lepas di bawah pasukan Tok Nan kita telah berjaya memenangi tujuh kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 dan pada PRU14 nanti kita mahu mendapatka­n mandat daripada rakyat,” katanya.

Dr Sim juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut berterima kasih kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan parti komponen BN yang lain dalam membantu mengharung­i cabaran berkenaan.

Beliau yakin semangat ini akan diteruskan di bawah Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Pada majlis itu Dr Sim turut memberitah­u bahawa Ketua Menteri telah bersetuju untuk melantik seorang wakil Cina sebagai ahli dalam Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA).

Sementara itu, Pengerusi SUPP Cawangan Kuching, Datuk Lily Yong berkata BN terutama PBB telah banyak membantu SUPP dalam PRN yang lepas sehingga berjaya memenangi semula tujuh daripada 13 kerusi ditandingi.

Sehubungan itu beliau berharap kerjasama ini akan diteruskan dan diperkukuh­kan lagi demi kepentinga­n Sarawak.

“Rakyat di luar sana tidak kisah mengenai pertikaian dalam parti. Apa mereka kisah ialah siapa yang dapat berkhidmat dan berjuang untuk mereka.

“Jadi, kita mahu mereka yang keluar dari parti untuk kembali semula dalam parti dan tidak hanya bercakap melalui surat khabar,” katanya di hadapan ahliahli SUPP Cawangan Kuching serta ahli daripada cawangan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia