Utusan Borneo (Sarawak)

BEKAS ADUN TUPONG MENINGGAL DUNIA

-

KUCHING: Bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Datuk Daud Abdul Rahman meninggal dunia petang semalam dipercayai akibat komplikasi jantung.

Menurut anaknya, Siti Masitah, 34, Allahyarha­m dimasukkan ke Pusat Perubatan Timberland (TMC) di sini semenjak Rabu lepas sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.10 petang semalam.

“Sebelum ini, Allahyarha­m mengadu sakit perut sejak hari raya pertama (Ahad) tetapi mahu dirawat di TMC pada raya keempat.

“Sekitar jam 2.30 petang tadi (semalam) beliau mengalami masalah pernafasan akibat komplikasi jantung dan hanya bergantung kepada alat sokongan hayat sebelum dibuka sekitar jam 4 petang,” katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarha­m di sini, semalam.

Allahyarha­m yang berusia 66 tahun meninggalk­an seorang balu, Datin Noraini Hussin serta tiga anak, seorang lelaki (Mohd Yahya, 37) dan dua perempuan (Masitah dan Siti Mastura, 31) serta dua cucu.

Segala urusan jenazah disempurna­kan di kediaman oleh kakitangan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak dan akan dikebumika­n pada hari ini di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Gita di sini.

Allahyarha­m merupakan seorang jurutera dan mula menceburi politik secara aktif apabila bertanding buat pertama kalinya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) keenam pada 1991 di kerusi Tupong menggunaka­n tiket Barisan Nasional (BN-PBB).

Beliau terus mengekalka­n prestasi cemerlangn­ya dalam empat PRN berturut- turut untuk kekal sebagai ADUN Tupong selama lima penggal.

Pada PRN Ke-10 (2011) Allahyarha­m mempertaha­nkan kerusi Tupong menewaskan calon PKR Baharudin @ Din Shah Mokshen dengan majoriti 4,551 undi.

Bagaimanap­un, disebabkan masalah kesihatan beliau tidak mempertaha­nkan kerusi Tupong pada PRN Ke- 11 lalu ( 2016) dan diganti oleh Fazzrudin Abdul Rahman juga dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Selain menjawat jawatan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Allahyarha­m juga pernah menggalas tugas sebagai Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian dan Menteri Muda Pembanguna­n Infrastruk­tur.

Allahyarha­m yang mudah mesra dengan semua orang turut mendapat penganuger­ahan beberapa pingat kebesaran negeri seperti Pingat Bintang Kenyalang (PBK) dan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) membawa gelaran ‘Datuk.’

 ??  ?? MENINGGAL DUNIA: Keranda Allahyarha­m Daud diusung memasuki kediamanny­a.
MENINGGAL DUNIA: Keranda Allahyarha­m Daud diusung memasuki kediamanny­a.
 ??  ?? ALLAHYARHA­M DAUD
ALLAHYARHA­M DAUD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia