Utusan Borneo (Sarawak)

Lima keluarga hilang tempat berteduh

27 individu terjejas dalam kebakaran babit lima rumah di Kampung Muara Tebas

- Oleh Jeremy Lanson

Setiba di lokasi kejadian didapati dua rumah terbakar 100 peratus, manakala tiga lagi terbakar kira-kira 30 peratus struktur rumah. Tiong Ling Hii Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak

KUCHING: Lima keluarga terdiri daripada 27 individu hilang tempat berteduh apabila rumah mereka terbakar dalam kebakaran membabitka­n lima rumah di Kampung Muara Tebas di sini, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii memberitah­u pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.02 petang dan tiba di lokasi kejadian pada jam 4.26 petang.

“Setiba di lokasi kejadian didapati dua rumah terbakar 100 peratus, manakala tiga lagi terbakar kira-kira 30 peratus struktur rumah.

“Untuk makluman, dua rumah yang terbakar sepenuhnya masing-masing didiami sebuah keluarga iaitu rumah pertama seramai enam orang (empat lelaki, dua wanita) dan rumah kedua seramai sembilan orang iaitu dua wanita dan tujuh lelaki.

“Tiga lagi rumah yang terbakar didiami tiga keluarga, masing-masing empat orang setiap rumah,” kata Tiong dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, kesemua ke- luarga yang terjejas akibat kebakaran tersebut akan tinggal bersama ahli keluarga yang lain untuk sementara waktu.

Sementara itu, menurut jurucakap JBPM Sarawak, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan 10 anggota dari BBP Petra Jaya dikerahkan ke tempat kejadian untuk operasi pemadaman.

“Api berjaya dikawal pada jam 4.43 petang dan sehingga kini (6 petang) proses pem- adaman masih dijalankan,” katanya.

Difahamkan, tiada mangsa dilaporkan dalam insiden tersebut sehingga berita ini ditulis semalam dan punca kebakaran juga masih belum diketahui.

“Anggota kita masih berada di lokasi kejadian untuk memastikan api padam sepenuhnya dan keadaan persekitar­an selamat sebelum berangkat balik ke balai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia