Utusan Borneo (Sarawak)

Doktor parah, maut ditembak di New York

Penembak yang juga doktor kemudian membunuh diri dalam serangan di hospital Bronx

-

NEW YORK: Seorang lelaki telah melepaskan tembakan di sebuah hospital New York yang sibuk tengah hari kelmarin, membunuh seorang doktor wanita dan mencederak­an enam orang lagi sebelum mengacukan senjatanya ke arah dirinya sendiri, menurut kepada pegawai tersebut.

Penembak terbabit adalah seorang doktor dan bekas pekerja hospital, menurut Datuk Bandar Bill de Blasio dan ketua polis James O’Neill, yang menolak kejadian ada kaitan dengan keganasan.

Dia memasuki bangunan dengan memakai sepasang kot putih yang menyembuny­ikan selaras senjata automatik, menurut pihak berkuasa.

Insiden berlaku di hospital Bronx-Lebanon mempunyai 1,000 katil sejurus sebelum jam 3 petang waktu tempatan ketika ramai pesakit sedang menerima rawatan.

Pihak polis dengan segera menutup kawasan tersebut dan mengepung hospital, menempatka­n anggotanya di atas bahagian bumbung bangunan ketika mereka melakukan pencarian dari tingkat demi tingkat bagi penyerang tersebut.

Penembak, yang mana identitiny­a tidak diumumkan secara rasmi, kemudian ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di tingkat 17 di bangunan tersebut selepas dikatakan sebagai membunuh dirinya sendiri, menurut O’Neill.

Ketua polis menambah bahawa penyerang kelihatan cuba membakar dirinya sendiri sebelum mengaktifk­an sistem penggera kebakaran di bangunan tersebut.

Doktor yang terbunuh, seorang wanita yang mana identitiny­a juga belum di n y a t a k a n , di t e m u i berhampira­n.

Datuk bandar menyatakan beberapa doktor juga parah, tanpa memaklumka­n jumlah doktor di kalangan mangsa yang tercedera.

Bercakap dalam taklimat media, De Blasio menyatakan: “Syukur kepada Tuhan ini bukannya satu perbuatan keganasan, sebaliknya merupakan satu insiden terpencil.”

Beberapa saksi telah menyebut tentang keadaan panik yang menular semasa serangan.

Garry Trimbie memberitah­u, beliau mendapat panggilan telefon daripada tunangnya, seorang kakitangan hospital, sekitar jam 3.15 petang waktu tempatan.

“Dia menangis, menyatakan seseorang telah menembak dan kemudian para pekerja berlari dan berkurung di dalam bilik,” kata beliau.

Seorang wanita hamil yang menjalani sesi konsultasi di tingkat 14 memuji cara kakitangan hospital bertindak.

“Saya melakukan seperti apa yang diarahkan dan terselamat.

“Mereka memberitah­u kami agar masuk ke dalam bilik dan bersembuny­i.

“Kami telah dikurung di dalam sebuah bilik.

“Para kakitangan hospital telah melakukan segalanya, mereka berjaya mengawal keadaan,” jelas wanita terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Tamara.

“Saya telah mempelajar­i sesuatu, jika anda hamil, jangan pernah panik,” tambah beliau.

Jururawat Patricia Phipps menyatakan kejadian tersebut bukan sesuatu yang mengejutka­n berdasarka­n kepada kawasan di mana ia berlaku, Bronx, yang dikenali dengan kadar jenayah yang tinggi.

Beliau menyatakan: “Kawasan kejiranan ini tidak stabil, justeru kita tidak terkejut sesuatu seperti ini berlaku ketika anda bekerja di hospital seperti ini.”

“Perkara sebegini memang berlaku, itulah kehidupan di New York.

“Saya hanya memberitah­u pada diri saya sendiri, kali ini giliran saya.”

Insiden terbaharu turut mencetuska­n semula perdebatan mengenai undang- undang kawalan senjata di Amerika Syarikat, yang melihat lebih banyak kes tembakan beramai-ramai berbanding mana- mana negara lain.

Datuk Bandar De Blasio menyentuh sedikit tentang perkara tersebut dalam taklimat medianya, menyatakan serangan tersebut sebagai sesuatu yang biasa dilihat di seluruh negara ini.

“Setiap masa perkara sebegini berlaku, ia adalah satu lagi peringatan bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan bagi mereka yang mempunyai akses untuk senjata.

“Kita tidak boleh terus tidak melakukan apa- apa mengenainy­a,” anggota perundanga­n negeri Marcos Crespo memberitah­u rangkaian berita New York 1.

Kejadian tembakan beramai- ramai terbaharu yang berlaku pada 14 Jun berhampira­n Washington DC ketika seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah satu pasukan besbol yang turut melibatkan anggota Kongres Republikan, mencederak­an empat orang termasuk anggota ketiga paling kanan dalam dewan, Steve Scalise.

Penyerang, James Hodgkinson, kemudian ditembak mati polis. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GEMPAR: De Blasio bercakap dengan media di luar Bronx-Lebanon Hospital Center di kawasan kejiranan Bronx, Kota New York kelmarin.
— Gambar AFP GEMPAR: De Blasio bercakap dengan media di luar Bronx-Lebanon Hospital Center di kawasan kejiranan Bronx, Kota New York kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia