Utusan Borneo (Sarawak)

Xi tetap ‘garisan merah’ bagi Hong Kong

Upacara angkat sumpah ketua eksekutif baharu Lam pentas Beijing luah ketegasan

-

HONG KONG: Presiden China Xi Jinping menyatakan semalam Hong Kong adalah lebih bebas berbanding sebelum ini namun menegaskan terdapat ‘garisan merah’ yang tidak boleh dicabar mana-mana pihak terhadap pihak berkuasa Beijing ketika bandar raya itu menyambut 20 tahun sejak ia diserahkan balik oleh Britain.

Xi berkata demikian dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen selepas pemimpin baharu Hong Kong Carrie Lam mengangkat sumpah ketika penunjuk perasaan pro dan anti-Beijing bertelagah berhampira­n lokasi majlis tersebut.

Lam dipilih jawatankua­sa pro- China, seperti mana pemimpin sebelum beliau, dan dipulau pengkritik sebagai boneka China di sebuah bandar di mana ramai berang dengan penguasaan Beijing yang semakin ketat terhadap kebebasan hampir lapan juta pendudukny­a.

Satu operasi keselamata­n besar- besaran menutup beberapa bahagian luas di Hong Kong sempena kunjungan tiga hari Xi, yang pertama bagi beliau sejak menjadi presiden pada 2013.

Xi menyatakan semalam bahawa sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamata­n China mahupun terhadap kuasa kerajaan pusat yang melepasi garisan merah dan pastinya tidak akan dibenarkan.

Beliau turut memberikan amaran terhadap sesiapa yang membahayak­an perlembaga­an Hong Kong atau menggunaka­n bandar tersebut bagi melakukan gangguan dan aktiviti sabotaj terhadap tanah besar.

Amaran muncul selepas kemunculan aktivis muda yang menyeru bagi keazaman diri atau malah kemerdekaa­n sepenuhnya bagi Hong Kong, yang telah menimbulka­n kemarahan Beijing.

Xi menegaskan Hong Kong mempunyai lebih banyak hak demokratik dan kebebasan berbanding masa lain dalam sejarahnya dan berjanji akan mempertaha­nkan status separuh autonominy­a.

Namun kementeria­n luar Beijing telah mengumumka­n kelmarin dokumen ditandatan­gani Britain dan China yang membawa kepada penyerahan tidak lagi relevan.

Deklarasi Bersama SinoBritis­h memberikan Hong Kong hak-hak yang tidak dilihat di tanah besar melalui satu perjanjian ‘Sebuah negara, dua sistem’, berlangsun­g selama 50 tahun.

Penunjuk perasaan proChina mensasarka­n satu perarakan kecil oleh aktivis sebagai memperinga­ti mangsa serangan Dataran Tiananmen 1989 di Beijing pada pagi semalam ketika para pegawai berkumpul bagi upacara angkat sumpah.

Ketika penyokong prodemokra­si bersedia untuk membawa sebuah keranda olok- olok ke arah pusat konvensyen, seperti mana yang mereka lakukan setiap tahun, seorang lelaki telah berlari melintas jalan dan menendangn­ya.

Penunjuk perasaan proChina yang mengibarka­n bendera kemudian menghalang perarakan ketika pihak polis berusaha memisahkan kedua-dua pihak.

Penyokong demokrasi telah dibawa pergi dengan van polis dan dibebaskan tidak lama kemudian.

Aktivis menyatakan mereka telah beberapa kali diekori dan diserang sejak Xi datang pada Khamis lepas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TEGAS: Xi berjabat tangan dengan Lam (kiri) sejurus upacara angkat sumpah jawatan di Pusat Pameran dan Konvensyen di Hong Kong, semalam.
— Gambar AFP TEGAS: Xi berjabat tangan dengan Lam (kiri) sejurus upacara angkat sumpah jawatan di Pusat Pameran dan Konvensyen di Hong Kong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia