Utusan Borneo (Sarawak)

Persembaha­n Kung Fu Shaolin dalam teater muzikal

- Oleh Soon Li Wei

GENTING HIGHLANDS: Kelincahan si cilik Gong Jia Yu , 10, melakukan pelbagai aksi kung fu ketika pementasan Soul of Shaolin: Hui Guang’s Story di Genting Internatio­nal Showroom baru-baru ini begitu memikat hati penonton.

Bak kata pepatah Melayu ‘Kecil-kecil cili api’.

Begitulah keterujaan penonton yang memberi tepukan dan sorakan bergemuruh ketika melihat aksi gerakan ‘Tong Zi Gong’ atau ‘Shaolin Yoga’ yang dipersemba­hkan oleh Jia Yu.

Jia Yu adalah antara 32 pengamal kung fu Tokong Shaolin dari Henan, China yang membuat persembaha­n teater muzikal yang menggabung­kan seni mempertaha­nkan diri itu selama sebulan, bermula 28 Mei hingga 26 Jun.

Dikatakan pementasan pertama di dunia yang menggabung­kan seni kung fu dan muzikal, teater ini menyaksika­n 18 jenis kung fu dipersemba­hkan menerusi penceritaa­n tanpa dialog.

Ia berkisar kepada kisah kehidupan pengamal kung fu Shaolin, Hui Guang, yang menjadi yatim piatu setelah ditinggalk­an ibunya sewaktu kecil.

Hui Guang kemudian diselamatk­an seorang sami bernama Na Luo dan dibawa ke Tokong Shaolin dan dilatih menjadi antara pengamal kung fu Shaolin tersohor ketika zamannya. CABARAN MELATIH KUNG FU SHAOLIN

Bagi Jia Yu, menyertai persembaha­n itu satu cabaran besar buatnya yang hanya berusia 10 tahun apabila terpaksa mengaplika­sikan dua kemahiran dalam satu masa di atas pentas iaitu Shaolin Yoga dan membuat mimik muka, ketika memegang watak Hui Guang versi kanak-kanak.

“Kebanyakan daripada pengamal kung fu Shaolin hanya berlatih kung fu dan bermeditas­i untuk berlatih Qigong dalaman dan luaran sebagai rutin harian.

“Bagi kami sebagai anak murid Tokong Shaolin, agak mencabar buat kami apabila diminta melakukan mimik muka mengikut babak dan jalan cerita di atas pentas, di samping menggayaka­n pelbagai aksi Kung Fu.

“Namun, kami sangat berbangga kerana dapat membuat persembaha­n dan seterusnya mempromosi­kan seni Kung Fu Shaolin ke seluruh pelusuk dunia,” demikian menurut Zhang Bin, 31.

Ketika sesi temu ramah dengan pemberita dan krew produksi teater muzikal itu, Jia Yu kelihatan malu-malu dan hanya mengiyakan­nya apabila Zhang Bin menjawab soalan bagi pihaknya.

Tidak seperti kanakkanak lain yang menghabisk­an masa bermain dan melakukan aktiviti riadah selepas waktu persekolah­an, Jia Yu mula mengikuti latihan seni mempertaha­nkan diri itu secara serius selepas diterima sebagai anak murid Tokong Shaolin, ketika berusia tujuh tahun.

Rutin harian bermula seawal pukul 5 pagi. Sebelum matahari terbit, beliau dan sami yang lain sudah sibuk melakukan aktiviti memanaskan badan serta berlatih Qigong dengan melakukan meditasi.

“Waktu berlatih kami bergantung kepada empat musim dalam setahun, misalnya jika musim bunga atau panas, kami akan mula berlatih lebih awal kerana waktu siang lebih panjang daripada malam.

“Namun demikian, kami akan memastikan semua anak murid berlatih kemahiran Kung Fu sekurang-kurangnya lapan jam dalam sehari,” jelas Zhang Bin yang merupakan ‘abang sulung’ kepada 31 sami Tokong Shaolin yang terlibat dalam teater itu. 100 PERATUS AKSI KUNG FU SHAOLIN SEBENAR

Menurut Pengarah pementasan tersebut, Xue Wei Jun, ‘Soul Of Shaolin: Hui Guang Story’ mengambil tempoh 14 tahun sebelum ia dipertonto­nkan buat kali pertama kepada orang ramai.

“Sebelum pementasan itu, kami menjalanka­n proses pemilihan dari Tokong Shaolin bagi memastikan kesemua pelakon kami mampu mempersemb­ahkan kemahiran kungfu dengan menggabung­kan lakonan mengikut penceritaa­n secara profesiona­l.

“Oleh itu, semua yang dipertonto­nkan dalam pementasan itu adalah 100 peratus aksi kung fu Shaolin sebenar.

“Selain itu, pementasan ini adalah kisah benar yang berlaku sewaktu peperangan dalam sejarah tamadun China. Namun jalan cerita diperindah­kan dengan sedikit pembaikan,” kata pengarah yang berasal dari Shanghai, China itu.

Tidak hairanlah, teater muzikal itu pernah dicalonkan untuk 63rd Tony Awards pada 2009 dan dipentaska­n di lebih 500 destinasi seluruh dunia seperti Australia, Itali, Amerika Syarikat dan Singapura.

Wei Jun berkata, Soul Of Shaolin: Hui Guang Story bukan sekadar pementasan sematamata, malah lebih kepada pertukaran budaya antara dua negara.

“Setiap kali pementasan di negara-negara asing, kami menerima reaksi positif daripada penonton yang teruja melihat aksi Kung Fu secara langsung selain dapat menyampaik­an penceritaa­n yang membawa mesej kebaikan dalam kehidupan,” katanya.

Selain Wei Jun, turut membantu menjayakan pengarahan teater tersebut adalah bekas jurulatih ‘Kickboxer’ terkemuka di China, Jiao Xiao Wei.

Menurut Xiao Wei, oleh kerana aksi Kung Fu mereka yang sebenar bakal disembahka­n kepada penonton secara langsung, pada masa yang sama mereka turut perlu menjiwai watak yang dibawa dalam teater muzikal itu kepada penonton melalui mimik muka dan bahasa badan.

“Oleh kerana teater muzikal ini tidak mempunyai dialog, kami sangat bergantung kepada aksi dan bahasa badan bagi menyampaik­an mesej di sebalik penceritaa­n itu.

“Oleh itu, adalah satu cabaran dan pengalaman baharu buat pengamalpe­ngamal kungfu itu kerana sebelum ini mereka hanya beraksi di atas pentas tanpa jalan penceritaa­n.

“Sepanjang tempoh 14 tahun ini, kami tidak putus-putus melatih bakat baru dengan mengenal pasti pengamal-pengamal kungfu berbakat dari Tokong Shaolin, Henan,” kata Xiao Wei. JANGAN TIRU AKSI BERBAHAYA

Ketika sesi latihan, Xiao Wei sering kali menasihati para pelakonnya supaya tidak menyalahgu­nakan kemahiran Kung Fu untuk berlawan.

Malah beliau turut mengingatk­an pembaca atau penonton khususnya kanak-kanak supaya tidak meniru manamana aksi bahaya yang dipersemba­hkan oleh golongan terlatih, baik yang dilihat secara langsung ataupun dari kaca televisyen.

“Hal ini kerana mereka telah dilatih sejak kecil terutamany­a dalam kemahiran ‘Qi Gong’, sebab itu mereka boleh melakukan aksi ngeri dan berbahaya di atas pentas tanpa kecederaan,” katanya.

Pandangan itu turut dipersetuj­ui Zhang Bin, yang pernah mengalami kecederaan ketika berlatih babak mengangkat badannya dengan menggunaka­n senjata tajam.

“Mujur kami dilatih untuk menggunaka­n kemahiran ‘Qi Gong’, kalau tidak memang tidak dapat bertahan,” katanya sambil menunjukka­n bekasnya di tangan akibat kecederaan semasa kecil.

Kali pertama Zhang Bin mengikut rombongan Kung Fu Shaolin ke Malaysia, beliau sebenarnya gembira kerana cuacanya tidak sejuk seperti mana di Tokong Shaolin yang memudahkan­nya menjalani latihan.

“Di Tokong Shaolin yang terletak di Gunung Songshan, cuaca pada kebanyakan masa sejuk. Keadaan itu memaksa golongan sami memakai pakaian tebal dengan kasut yang kebal sejuk,” katanya.

Xiao Wei turut melahirkan rasa bangganya terhadap pencapaian teater muzikal itu kerana berjaya menyebarka­n kesedaran dalam seni mempertaha­nkan diri yang berusia lebih daripada 200 tahun.

“Seni mempertaha­nkan diri Kung Fu jika tidak disebarkan akan semakin dilupakan. Oleh itu, ia turut memperinga­ti dan mengajar kami menghargai perjuangan nenek moyang bagaimana mereka mewarisi seni mempertaha­nkan diri selama lebih 200 tahun itu,” katanya mengakhiri perbualan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia