Utusan Borneo (Sarawak)

Pellegrini kembali ke pangkuan Roma

-

MILAN: Roma terus aktif dalam pasaran perpindaha­n pada musim percutian dengan menandatan­gani pemain tengah Sassuolo, Lorenzo Pellegrini, dalam kontrak selama lima tahun kelmarin.

Pellegrini, 21 tahun, seorang bekas graduan akademi Roma, kembali ke Roma selepas dua musim bersama Sassuolo untuk bayaran sebanyak 10 juta euro (RM48 juta), menurut satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh naib juara Serie A itu.

“Kami bangga kerana dapat membawa balik Lorenzo,” kata pengarah sukan Roma, Monchi, yang memainkan peranan penting dalam pelantikan bekas jurulatih Sassuolo, Eusebio di Francesco, selaku pengurus baharu kelab pada minggu lepas.

“Sejak dua tahun lalu Lorenzo telah menimba pen- galaman berharga bersama Sassuolo, dan kami pasti dia akan menyumbang kepada pertumbuha­n dan peningkata­n pasukan ini.”

Pellegrini, yang akan memakai jersi No. 7, berkata: “Ia adalah perasaan yang menakjubka­n untuk kembali. Ini adalah objektif saya dari saat saya pergi ke Sassuolo. Ia adalah kemuncak kepada perjalanan selama dua tahun yang hebat bersama mereka.”

Pellegrini membuat 54 penampilan untuk Sassuolo, menjaringk­an enam gol dan memberi tujuh bantuan dalam 28 perlawanan Serie A pada musim lepas.

Pada awal Jun, dia membuat penampilan antarabang­sa sulung sepenuhnya untuk Itali, sebelum membantu pasukan bawah 21 mereka mara ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Eropah yang sedang berlangsun­g di Poland.

Roma, yang menamatkan kempen empat mata di belakang juara Juventus pada musim lepas, menjual pemain sayap Mesir Mohamed Salah kepada Liverpool untuk 39 juta euro (RM187 juta) pada minggu lepas.

Kelab ibu kota itu kemudian membeli pemain pertahanan Mexico Hector Moreno dari PSV Eindhoven dengan jumlah bayaran yang tidak didedahkan, dan pemain pertahanan antarabang­sa Belanda Rick Karsdorp dari Feyenoord dengan harga 14 juta euro (RM67.2 juta) pada awal minggu ini.

Kelmarin kelab ibu kota itu menghantar penyerang Seydou Doumbia ke Sporting Lisbon sebagai pemain pinjaman selama setahun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia