Utusan Borneo (Sarawak)

Messi mengakhiri zaman bujangnya

-

ROSARIO: Lionel Messi berkata “I do” kepada kekasihnya dari zaman kanakkanak Antonella Roccuzzo kelmarin di bandar asalnya Rosario di Argentina di mana pemain bola sepak dan selebriti termasuk penyanyi pop Shakira telah berhimpun untuk “perkahwina­n terhebat abad ini”.

Selepas majlis peribadi itu, pasangan tersebut kelihatan gembira dan tenang ketika mereka berjalan di atas permaidani merah di hadapan ratusan media di sebuah kompleks hotel dan kasino, Roccuzzo memakai gaun ala ikan duyung yang ketat dari pereka Sepanyol, Rosa Clara.

Shakira dan suaminya yang juga rakan sepasukan Messi, Gerard Pique, tiba untuk menyertai 260 orang tetamu termasuk ramai pemain bola sepak seperti gandingan serangan Messi di Barcelona, Neymar dan Luis Suarez.

Media Argentina memanggiln­ya “perkahwina­n terhebat pada abad ini” bagi Rosario, kota pelabuhan utara di mana Messi, 30 tahun, dan pengantinn­ya, 29 tahun, berkenalan ketika pemain itu berusia sembilan tahun.

Bekas bintang Barca dan sekarang Chelsea Cesc Fabregas turut hadir, selain penyerang Argentina dan Manchester City Sergio Aguero.

Majlis itu pasti melegakan bagi Messi selepas menghadapi masalah undangunda­ng. Sebuah mahkamah di Sepanyol pada bulan lepas menolak rayuannya terhadap satu pensabitan bagi penipuan cukai.

Pengantin berambut perang Roccuzzo memakai gaun putih yang ketat dengan leher baju yang dalam dan tali baju bersulam oleh Rosa Clara – seorang pereka dari Sepanyol yang pernah menyediaka­n pakaian untuk aktres Eva Longoria dan Ratu Letizia di Sepanyol.

Majlis perkahwina­n itu diadakan pada 2200 GMT di kasino City Center, yang terletak bersebelah­an dengan sebuah kampung setinggan yang dikuasai geng dadah.

Majlis perkahwina­n sivil dan keramaian itu berlangsun­g di dalam venue berkenaan, dan tetamu juga menginap di sana.

Makanan dilaporkan memaparkan masakan Argentina seperti hempedal panggang.

Dua kumpulan pop Uruguay, Rombai dan Marama, selain penyanyi Karina, isteri Aguero, membuat persembaha­n di majlis itu.

Messi dan Roccuzzo tinggal di Barcelona di mana dia bermain, tetapi masih kerap pulang ke Rosario untuk percutian.

Dia berpindah ke Sepanyol ketika dia berusia 13 tahun untuk menyertai FC Barcelona, tetapi pasangan itu sentiasa berhubung.

Messi seterusnya memenangi anugerah tertinggi Ballon d’Or sebanyak lima kali. Dia dianggap ramai sebagai pemain bola sepak terbaik di dunia.

Namun pelbagai rakan lama pasangan itu di kota asal mereka berkata pengantin lelaki dan perempuan itu adalah orang yang rendah hati dan tidak pernah lupa asal usul mereka.

“Mereka adalah kekasih sejati satu sama lain,” kata rakan Messi dari zaman kanak-kanak Diego Vallejos kepada AFP.

Mereka tidak mahukan hadiah perkahwina­n, sebaliknya mereka telah meminta derma kepada sebuah badan amal kanak- kanak.

Pasangan itu dilaporkan meluangkan masa sejak dua minggu lalu di Rosario bersama keluarga, tetapi menjauhkan diri dari pemberita yang telah memenuhi kota itu.

Sehari sebelum perkahwina­n itu, suasana perayaan menyelubun­gi kawasan kejiranan Las Heras di mana Messi membesar. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CINTA SEJATI: Messi (kanan) dan Roccuzzo memberikan ‘pose’ istimewa kepada jurugambar selepas majlis perkahwina­n mereka di Rosario, Argentina kelmarin.
— Gambar AFP CINTA SEJATI: Messi (kanan) dan Roccuzzo memberikan ‘pose’ istimewa kepada jurugambar selepas majlis perkahwina­n mereka di Rosario, Argentina kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia