Utusan Borneo (Sarawak)

Jerman julang Piala Eropah Bawah 21

Weiser menjaringk­an gol kemenangan nafi Sepanyol tambah koleksi empat kejuaraan

-

KRAKOW: Mitchell Weiser menjaringk­an gol dengan satu tandukan pada separuh masa pertama untuk memberikan mahkota Kejuaraan Eropah Bawah 21 kepada Jerman setelah kemenangan 1-0 ke atas Sepanyol di kota Krakow, selatan Poland kelmarin.

Ia merupakan kejuaraan kedua Jerman dalam kumpulan usia itu selepas kejayaan mereka pada 2009, manakala Sepanyol gagal untuk menambah kepada koleksi empat kejuaraan mereka.

Weiser, pemain sayap Hertha Berlin, melakukan tandukan yang melengkung di atas penjaga gol Sepanyol Kepa Arrizabala­ga dan ke dalam sudut jauh pada minit ke-40 untuk gol pertamanya di kejohanan itu selepas menerima hantaran lintang dari pemain pertahanan kanan Jeremy Toljan.

“Gol itu menyulitka­n segalanya,” kata jurulatih Sepanyol Albert Celades, seorang bekas pemain tengah bersama Real Madrid dan Barcelona.

“Babak pertama adalah kunci bagi kami, kami cuba membuat segalanya pada babak kedua tetapi masa semakin kesuntukan bagi kami.

“Sudah tentulah kami sedih, ini adalah perlawanan akhir tetapi Jerman merupakan pasukan yang hebat, bermain bola sepak dengan sangat bagus.”

Sepanyol bermain dalam perlawanan akhir selepas mencatatka­n empat kemenangan dalam empat perlawanan di kejohanan itu dan Celades menurunkan pasukan sama yang bermula dalam kemenangan 31 ke atas Itali pada peringkat separuh akhir.

Gol itu menyulitka­n segalanya. ” Albert Celades Jurulatih Sepanyol

Jurulatih pasukan lawan Stefan Kuntz kehilangan penyerang utamanya Davie Selke akibat kecederaan tetapi mengalu-alukan kepulangan pemain pertahanan Niklas Stark, yang tidak terlibat dalam drama separuh akhir menentang England apabila Jerman menang menerusi penentuan tendangan penalti.

Sepanyol bermula dengan semangat tinggi, tetapi Jerman tidak lama kemudian kembali tenang untuk mengatasi permainan pasukan lawan pada babak pertama, dengan pertahanan mereka dekat dengan garisan tengah padang dan penyerang tidak pernah melepaskan peluang untuk menyerang.

Max Meyer melakukan tandukan yang terkena tiang pada awal perlawanan dan Jerman sewajarnya memecah k e b u n t u a n apabila ia berlaku sejurus sebelum waktu rehat, dan

 ?? — Gambar Reuters ?? Para pemain Jerman meraikan kejayaan menjuarai Piala Eropah Bawah 21 Tahun di Stadium Cracovia, Krakow di Poland Jumaat lepas.
— Gambar Reuters Para pemain Jerman meraikan kejayaan menjuarai Piala Eropah Bawah 21 Tahun di Stadium Cracovia, Krakow di Poland Jumaat lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? GEMBIRA: Para pemain Jerman meraikan jaringan Weiser (tidak kelihatan) pada aksi final menentang Sepanyol di Stadium Cracovia, Krakow di Poland pada Jumaat lepas. TAKLUK EROPAH:
— Gambar Reuters GEMBIRA: Para pemain Jerman meraikan jaringan Weiser (tidak kelihatan) pada aksi final menentang Sepanyol di Stadium Cracovia, Krakow di Poland pada Jumaat lepas. TAKLUK EROPAH:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia