Utusan Borneo (Sarawak)

Amonia: LRA Simpang Renggam hentikan operasi

-

JOHOR BAHRU: Operasi Loji Rawatan Air ( LRA) Simpang Renggam dekat Kluang dihentikan berikutan kadar bacaan amonia yang tinggi di loji itu.

Syarikat Air Johor (SAJ) Ranhill Sdn Bhd memberitah­u masalah itu berpunca daripada kolam ‘leachate’ di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal di Ladang CEP 1, Renggam yang pecah sehingga mengakibat­kan pencemaran sumber air mentah dari Sungai Benut.

Syarikat itu memberitah­u demikian dalam laman Facebook ‘Setitis Yang Bermakna’ SAJ Ranhill Sdn Bhd semalam.

Ketua Komunikasi Korporat SAJ Ranhill Sdn Bhd Jamaluddin Jamal yang dihubungi Bernama semalam berkata operasi LRA Simpang Renggam dihentikan berikutan bacaan amonia 13 per juta (PPM) berbanding bacaan 1.5 PPM yang dibenarkan Kementeria­n Kesihatan.

“Buat masa ini, kita sedang memantau bacaan amonia di Sungai Benut dan akan segera memproses bekalan air bersih sekiranya bacaan amonia turun kepada 1.5 PPM,” katanya.

Jamaluddin berkata penutupan loji rawatan berkenaan menjejaska­n 6,000 akaun pengguna di kawasan Simpang Renggam, yang terputus bekalan air sejak petang kelmarin.

Berikutan penutupan loji rawatan itu, katanya, lima lori tangki air sudah dikerahkan ke kawasan yang terjejas bagi membekalka­n air bersih.

“Sehubungan itu, penduduk di sekitar Simpang Renggam dinasihati berjimat ketika menggunaka­n air sepanjang musim perayaan ini,” katanya.

Menurutnya sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel di customer. care@ saj. com. my atau facebook ‘ Setitis Yang Bermakna’ atau menghubung­i SAJ Holdings ditalian 1-80088-7474. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia