Utusan Borneo (Sarawak)

Ramasamy perlu mohon maaf: NGO

Cetus kontrovers­i isu penamatan kontrak pengendali gerai makanan di PSP

-

BUTTERWORT­H: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam menggesa Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P. Ramasamy memohon maaf kerana mencetuska­n kontrovers­i berhubung isu penamatan kontrak pengendali gerai makanan G. Gopi Krishnan di Politeknik Seberang Perai (PSP).

NGO berkenaan ialah Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia ( PSSGM) Pulau Pinang dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang.

Yang Dipertua PSSGM Pulau Pinang Mohd Mamsin Anor Kassim mendakwa Ramasamy cuba mengapiapi­kan isu berkenaan kerana mencetuska­n sentimen perkauman.

“Kenyataan Ramasamy yang dibuat pada sidang media 29 Jun lepas amat tidak bertanggun­gjawab. Kenyataan sebegitu tidak sepatutnya keluar daripada seorang yang mempunyai intelektua­l yang tinggi.

Sepatutnya beliau berterima kasih kepada politeknik kerana membantu masyarakat India,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Isu kontrak Gopi Krishnan yang kononnya ditamatkan oleh politeknik itu kerana beliau bukan Islam menjadi tular di media sosial barubaru ini.

Gopi Krishnan, 45, mengadakan sidang media bersama Ramasamy pada 29 Jun lepas, bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas kontrak beliau tidak diperbahar­ui oleh PSP.

Jabatan Pendidikan Politeknik dalam kenyataan kelmarin, menyatakan permohonan peniaga itu ditolak selepas ia didapati tidak memenuhi syarat dan kriteria yang termaktub dalam spesifikas­i sebut harga iaitu tidak mempunyai Kod Bidang 040103 Makanan Bermasak Islam.

Mohd Mamsin berkata selain Ramasamy, Gopi Krishnan juga harus memohon maaf kepada pihak yang berkenaan.

Sementara itu, Yang Dipertua PERKASA negeri Mohd Nasir Othman berkata ini bukan kali pertama Ramasamy mengeluark­an kenyataan yang mencetuska­n sentimen perkauman.

“Sebelum ini Ramasamy turut mencetuska­n kontrovers­i berhubung isu 13 Mei 1963. Jadi ini bukan yang pertama. Ramasamy mengeluark­an kenyataan ini tanpa mengambil kira sensitivit­i orang Islam dan orang

Kenyataan Ramasamy yang dibuat pada sidang media 29 Jun lepas amat tidak bertanggun­gjawab. Kenyataan sebegitu tidak sepatutnya keluar daripada seorang yang mempunyai intelektua­l yang tinggi. Sepatutnya beliau berterima kasih kepada politeknik kerana membantu masyarakat India. Mohd Mamsin Anor Kassim Yang Dipertua PSSGM Pulau Pinang

Melayu,” katanya.

Beliau berkata Ramasamy perlu melihat isu itu secara objektif dengan merujuk dan berjumpa pihak pengurusan PSP untuk menyelesai­kan perkara tersebut dan bukan mempolitik­kannya.

Justeru, Mohd Nasir berkata PERKASA Pulau Pinang akan membuat laporan mengenai kenyataan Ramasamy terhadap PSP di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada petang ini (petang semalam). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga kanan) bersalaman dengan para tetamu pada Rumah terbuka Aidilfitri beliau di Rantau dekat Port Dickson, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga kanan) bersalaman dengan para tetamu pada Rumah terbuka Aidilfitri beliau di Rantau dekat Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia