Utusan Borneo (Sarawak)

UPP Pujut bergerak ke 16 lokasi dekati rakyat

-

MIRI: Pasukan Tindakan Bergerak (MAT) Parti Rakyat Bersatu (UPP) cawangan Pujut bergerak di 16 lokasi di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pujut dalam tempoh enam bulan sebagai cara untuk lebih dekat dengan rakyat.

Pengerusi, Bruce Chai berkata, inisiatif diharap dapat merapatkan hubungan parti dengan 100,000 penduduk di DUN Pujut menerusi khidmat dan aktiviti kebajikan mereka.

Kawasan DUN Pujut melibatkan Pelita, Krokop, Piasau Jaya, Piasau Utara, Pujut 1 hingga 10, Faradale, MDL Garden, Desa Sri dan Boulevard

“Kita menetapkan jadual di mana dan bila kita akan bergerak di seluruh Pujut dalam tempoh setengah tahun dari sekarang. Ini memberi keselesaan kepada penduduk untuk mudah menemui kita,”katanya.

Pusat khidmat bergerak parti itu bermula di restoran 2020 di pusat komersil Pelita semalam iaitu simbolik pelancaran­nya di sini.

Bruce berkata, MAT (Mobile Action Team) merupakan projek perintis UPP Pujut yang diharap menjadi ikutan dan contoh cawangan UPP lain di seluruh Sarawak.

Seramai lima ahli termasuk dua sukarelawa­n dan beliau sendiri akan mengendali­kan sesi pertemuan yang akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad selama dua hingga tiga jam.

Lokasi terpilih merupakan kunjungan popular penduduk Miri iaitu Madam Wee Cafe Krokop 3, Liang Heng Cold Drinks Krokop 5, Sin Yakin Food Centre Jee Foh 4, Yong Le Cafe Boulevard Commercial, Old House Krokop 9, Miri Resort Food Court Bulatan Commercial, Pasar Besar Krokop 10, restoran Aseanika Saberkas Commercial, Taman Bulatan Miri, Jack Food Court Piasau Utara 4, Pasar Nelayan Piasau Utara 1A, Baidurie Cafe Piasau Utara 4, Happy Dragon Cafe Muria 6 Pujut 2B, Xian Jin Cafe Pujut 7 dan 59 Street Cafe Sevenew Pujut 7.

“Sesi akan dibuat pada sebelah pagi dan petang bergantung kepada operasi perniagaan premis yang kami guna. Kita akan maklum lebih awal kepada umum melalui media sosial Facebook dan akhbar lokasi dan waktu,” jelasnya.

Selain menerima aduan, menerusi MAT, UPP Pujut mahu menggalak belia mendaftar sebagai pengundi baharu serta 26,000 pengundi di Pujut mendapat maklumat terkini lokasi mengundi mereka.

Penduduk juga boleh mendapat maklumat tentang dana pendidikan UPP, aktiviti kebajikan UPP, memberi nasihat tentang hal berkait Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Laporan diterima akan direkodkan dan penduduk boleh mendapat susulan perkembang­an terkini aduan mereka. Kita mengutamak­an tiga perkara iaitu konsistens­i, komprehens­if dan kegigihan,” jelas Bruce.

Sebarang pertanyaan tentang MAT boleh dihantar ke talian hotline WhatsApp 0138858888. MIRI: Kelab Pemancing Miri kembali lagi dengan Pertanding­an Memancing Muara Sungai Miri Piala Hari Kebangsaan menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n lebih RM20,000 pada 27 Ogos depan.

Jurucakap penganjur Vincent Lo berkata, pertanding­an terbabit yang diadakan di Muara Sungai Miri adalah untuk mempromosi­kan sukan memancing selain meningkatk­an kesedaran masyarakat dalam menjaga kebersihan sungai serta keindahan bandar raya Miri.

Menurutnya, juara bakal membawa pulang wang tunai RM10,000, diikuti tempat kedua RM5,000 manakala RM2,000 menjadi milik pemenang ditempat ketiga.

Bagi tempat keempat hadiah wang tunai RM1,000 menanti pemenang, tempat kelima menerima RM500, manakala tempat keenam hingga kesepuluh masingmasi­ng akan membawa pulang RM200 dan RM150 pula masing-masing untuk tempat ke-11 hingga ke15.

Kesemua pemenang turut akan menerima set peralatan memancing sebagai hadiah sampingan.

Hadiah wang tunai RM300 menanti pemenang boleh memecahkan rekod berat tangkapan bagi mengalahka­n rekod pertanding­an yang sama pada dua tahun lalu, 8 Mac 2015 dengan catatan 13.745kg.

Jelas Lo, antara syarat penyertaan yang perlu dipatuhi ialah setiap peserta hanya dibenarkan menggunaka­n satu set joran dan kekili sepanjang pertanding­an dan joran berkenaan akan ditandakan semasa pendaftara­n.

“Ikan yang ditangkap perlu masih hidup dan berat 300gram ke atas bagi kualiti permarkaha­n. Sekiranya tidak menepati berat terbabit, peserta dikehendak­i melepaskan kembali,” katanya.

Ujar Lo, peserta turut digalak mengamalka­n konsep ‘Catch & Release’, dan mereka yang mengamalka­n konsep berkenaan akan menerima hadiah penghargaa­n daripada pihak penganjur dalam usaha menghargai semangat kesukanan terbabit.

Para peserta turut diingatkan untuk sentiasa memastikan kebersihan di sekitar Muara Sungai Miri dan mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan.

Tambahnya, borang penyertaan akan mula diedarkan pada Rabu (5 Julai) ini di Chop Hock Cheong Hin Fishing Tackle (0168751558), Ek Fatt Sport Fishing Enterprise (085431659), Tho and Son Fishing Trading (016-8703747), Soon Ming Trading & Servising Co. (085654392), X Gear (085-413680), Ek Fatt Merdeka Mall (010-9729938), My Tackle (085-657082) dan New Tackle Enterprise, Permyjaya (085-414307).

“Mereka yang berminat bolehlah mendapatka­n borang berkenaan pada Rabu tersebut dan tarikh tutup adalah pada 26 Ogos selewat-lewatnya pada jam 3 petang,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Bruce (duduk tengah) bersama ahli dan sukarelawa­n UPP Pujut semasa pelancaran MAT di restoran 2020 semalam.
KENANGAN: Bruce (duduk tengah) bersama ahli dan sukarelawa­n UPP Pujut semasa pelancaran MAT di restoran 2020 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia