Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak klinik veterinar perlu diwujud di S’wak

-

KUCHING: Lebih banyak klinik veterinar perlu diwujudkan di Sarawak untuk menyediaka­n akses lebih baik kepada khidmat klinik haiwan agar penyakit seperti rabies yang boleh membawa maut dapat dicegah.

Pembantu Khas Ahli Parlimen Bandar Kuching Ching Chieng Jen, Kelvin Yii berkata bagaimanap­un beberapa klinik veterinar kerajaan telah ditutup di negeri ini atas sebab pemotongan bajet.

Malah, katanya, sebuah klinik veterinar di Sekama di Kuching telah ditukar menjadi pusat kuarantin, manakala Daerah Serian tidak mempunyai kemudahan tersebut.

“Oleh itu, saya menyeru dasar itu dikaji semula dan atas keterdesak­an perkara itu, saya menggesa pembiayaan segera disedia untuk menubuhkan klinik veterinar awam di Serian bagi menangani situasi berkenaan dengan lebih baik.

“Ini juga untuk pencegahan masa depan terhadap penyakit lain melibatkan haiwan, serta untuk memberikan rawatan perubatan lebih murah bagi haiwan kerana tidak semua mampu membiayai kos di klinik (haiwan) swasta,” ka- tanya dalam kenyataan media, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang mengesahka­n tiga kes penyakit anjing gila dikesan di kalangan tiga kanak-kanak di kawasan Serian.

Yii turut menyeru pihak berkuasa tempatan ( PBT) meningkatk­an usaha menangkap anjing- anjing liar di kawasan berkenaan serta memberi rawatan perubatan diperlukan jika perlu, dan harus dikuaranti­n dengan sewajarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia