Utusan Borneo (Sarawak)

SSPCA janji beri kerjasama profesiona­l tangani isu rabies: Dona

-

KUCHING: PersatuanP­encegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) akan memberi kerjasama profesiona­l dengan kerajaan negeri dalam mengendali isu penyakit rabies.

Presiden SSPCA Sarawak Datin Dona Wee berkata, kelmarin pihaknya telah berhubung dengan Menteri Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian, Jabatan Pertanian serta Jabatan Perkhidmat­an Veterinar.

“Bagaimanap­un, kita masih lagi menunggu keputusan taklimat Jabatan Veterinar dengan Jabatan Kesihatan Negeri pagi semalam.

“Jabatan Veterinar juga sedang menjalanka­n siasatan veterinar mereka sendiri. Keputusan akan sampai ke tangan kami Isnin ini kerana ia memakan masa siasatan 24 hingga 48 jam,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pihak SSPCA juga telah menawarkan diri menghubung­i rakan kongsi gabungan antarabang­sa yang mempunyai pengalaman menangani wabak rabies seluruh dunia.

Jelasnya, orang ramai dinasihat agar tidak panik, tetapi menjaga haiwan peliharaan di dalam kawasan rumah seperti mana undangunda­ng digariskan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sini.

Menurut Dona, persidanga­n SSPCA ASIA 2015 sedikit masa dahulu pernah menyentuh isu berkaitan rabies.

Disusuli tahun 2016, SSPCA menganjurk­an lagi Bengkel Kesiapsiag­aan Rabies dan Bengkel Pengurusan Populasi Haiwan dengan penceramah jemputan dari Mission Rabies dan IFAW serta Soi Dog Foundation.

Katanya, Jabatan Veterinar dan beberapa PBT tempatan telah menyertai bengkel tersebut., katanya.

“Sesungguhn­ya, kita berharap ia bukan rabies dan kami turut bersimpati dengan kanak-kanak dan ahli keluarga mangsa dikhuatiri terkena penyakit tersebut,” katanya.

Beliau juga tidak dapat mengesahka­n sekiranya haiwan peliharaan di rumah perlu mendapatka­n sebarang suntikan kerana masih menunggu jawapan daripada pihak veterinar.

“Kita kena biar pihak Jabatan Perkhidmat­an Veterinar membuat keputusan tersebut. Kami tidak tahu jika anjing peliharaan tinggal di dalam kawasan di mana kanakkanak itu terkena perlu divaksin bagi menghentik­an virus,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia