Utusan Borneo (Sarawak)

Kawalan epidemiolo­gi dibuat dalam radius enam kilometer dari lokasi rabies

-

KUCHING: Pengawasan epidemiolo­gi akan dilakukan dalam radius enam kilometer dari kawasan dijangkiti rabies bagi tujuan memantau dan mengawal kemungkina­n penyebaran virus itu ke kawasan lain.

Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak, Dr Adrian Susin Ambud berkata, pihaknya dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pejabat Residen, Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan menjalanka­n survei rumah ke rumah serta menvaksin anjing dan kucing di kawasan terjejas.

“Pemilik anjing dan kucing di kawasan terjejas turut dinasihat menyimpan haiwan peliharaan dalam kawasan ru- mah masing-masing manakala haiwan liar akan ditangkap bagi tujuan pemerhatia­n jangkitan rabies,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media bagi mengulas tiga kes rabies atau penyakit anjing gila dikesan di Serian iaitu dua kes di Kampung Paon Rimu Bakung dan satu kes lagi di Kampung Lebur, semalam.

Dr Adrian berkata, kawalan kemasukan haiwan pada semua pintu masuk sempadan oleh Jabatan Veterinar juga akan diperketat bagi mencegah sumber baharu wabak rabies.

Katanya, orang ramai di kawasan terjejas juga perlu mendapatka­n rawatan segera di hospital jika terkena gigitan anjing termasuk memaklumka­n ke pejabat veterinar terdekat.

Kempen kesedaran rabies turut dilaksanak­an oleh jabatan berkenaan menerusi media cetak dan elektronik (radio) selain mengaktifk­an bilik operasi di Makmal Diagnostik Veterinar Negeri, Jalan Datuk Mohd Musa di Muara Tuang, yang boleh dihubungi di talian 082-612949/611607.

“Jabatan Perkhidmat­an Veterinar mengambil tindakan segera dalam menangani wabak rabies berdasarka­n protokol dan panduan sedia ada untuk pencegahan dan kawalan penyakit di negara.

“Jabatan Veterinar juga bekerjasam­a rapat dengan Jabatan Kesihatan Negeri untuk memantau keadaan kawasan terjejas dan mengambil langkah kawalan sewajarnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia