Utusan Borneo (Sarawak)

Parti komponen BN wajar contohi perpaduan PBB

-

SIBU: Parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini patut mencontohi perpaduan ada dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, perpaduan dalam parti komponen sangat penting untuk melonjakka­n lagi prestasi BN pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) ini.

“Hanya dengan sikap bersatu serta bekerjasam­a dalam satu pasukan di antara parti komponen akan membawa kemenangan kepada BN khususnya di kerusi Parlimen Sibu dan Lanang pada PRU14 ini.

“Kekuatan itu mampu memberi jaminan kepada BN untuk mencipta kemenangan besar pada pilihan raya tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap aluan pada Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu anjuran PBB Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Majlis itu dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato Sri Awang Asfia Awang Nassar, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Talip Zulpilip, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Undang- Undang, Hubungan Kerajaan NegeriPers­ekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil serta kenamaan lain.

Dr Annuar juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam turut yakin bahawa kerusi Parlimen Sibu dan Lanang dirampas semula oleh BN daripada pembangkan­g.

“Kami PBB di Sibu akan bekerjasam­a serta menyokong mana-mana parti komponen yang akan bertanding di kedua-dua kerusi tersebut.

“PBB akan bekerja keras untuk membantu memenangi kerusi tersebut,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu.

Beliau mahu rekod pencapaian menang besar di kerusi DUN Nangka pada pilihanray­a lepas dapat dikekalkan pada PRU14 akan datang sekali gus dapat menyumbang kepada kemenangan BN di kerusi Parlimen Sibu.

Bercakap mengenai perkara lain, Dr Annuar memberitah­u bahawa penduduk Sibu amat memerlukan lot tanah untuk rumah.

Jelasnya, dalam setiap seminar lot perumahan yang dianjurkan sebelum ini ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakk­an di kalangan penduduk di sini.

“Saya berharap dengan pembukaan tanah seluas 200 ekar yang mampu memuatkan lebih dari 800 lot rumah di Kemuyang akan dapat dipercepat­kan projeknya.

“Saya akan berjanji akan mempercepa­tkannya bukan sekadar lancar sahaja,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau memuji Abang Johari komited untuk mengutamak­an sektor pendidikan di negeri ini.

“Inilahsatu­bentukpela­buran seumur hidup ketua menteri yang mahu melihat anak Sarawak memiliki pendidikan berkualiti tanpa sempadan.

“Harus diingat hanya dengan pendidikan sahaja kita mampu hidup dalam dunia global lebih-lebih lagi pada masa akan datang.

“Anak harta paling bernilai untuk kita lebih-lebih lagi sebagai generasi baharu akan datang untuk memacu negeri ini ke arah yang lebih maju lagi,” tambahnya lagi.

 ??  ?? DARI KAMI: Dr Annuar (lima kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Abang Johari selepas merasmikan Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu, malam kelmarin.
DARI KAMI: Dr Annuar (lima kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Abang Johari selepas merasmikan Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia