Utusan Borneo (Sarawak)

KJRI Sarawak memberi jaminan keutuhan kerjasama, perpaduan dua negara berjiran

-

KUCHING: Konsulat Jeneral Republik Indonesia ( KJRI) Sarawak memberi jaminan keutuhan kerjasama dan perpaduan di antara dua negara berjiran Kalimantan, Indonesia dan Sarawak di Malaysia.

Konsul Jenderal KJRI Sarawak Jahar Gultom berkata beliau bersama rombongan sebelum itu telah bertandang ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang di- Pertua Negeri di Astana Negeri dan Ketua Menteri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) Ahad lepas.

Tahun ini, sambutan Hari Raya Aidilfitri amat istimewa kerana cuacanya baik, suasana harmoni dengan Ketua Menteri yang baharu dan TYT yang sangat berpengala­man justeru sambutan Aidilfitri itu lebih daripada tahun sebelumnya.

“Di Konsulat kami berharap majlis seperti ini berupaya mengeratka­n perhubunga­n silaturahi­m di antara kami dengan masyarakat untuk menjadi semakin baik… kerana terdapat beberapa kegiatan yang dijalankan melibatkan masyarakat, swasta dan pemerintah di sini.

“Walaupun sambutan yang dilakukan hampir sama seperti tahun-tahun sebelumnya, tapi ini merupakan satu kesempatan untuk mengeratka­n jalinan silaturahi­m, saling maaf memaafkan, berjumpa selepas sekian lama sibuk dengan urusan masing-masing juga berbincang, bergurau-senda dan bercerita,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini.

Pada masa yang sama, Jahar turut mendedahka­n bahawa pertemuan beliau dengan pemimpin kanan negeri tidak membincang­kan sebarang perkara khusus.

Beliau katanya, menjangkak­an kedatangan sekitar 400 tetamu yang terdiri daripada 60 peratus warga Indonesia yang berada di sini dan 40 peratus adalah rakan-taulan dari Malaysia.

Antara hidangan istimewa yang disediakan di KJRI adalah makanan tradisi masyarakat Indonesia seperti opor ayam dan bakso.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia