Utusan Borneo (Sarawak)

SDBB menganjurk­an program ‘Ngiling Tikai’

-

BETONG: Serakup Dayak Bomba Betong (SDBB) menganjurk­an program Ngiling Tikai sempena Gawai Dayak 2017 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong di sini semalam.

Program julung kali diadakan di kuarters Pegawai Bomba Kanan(PBK) I Henry Jugah itu dihadiri lebih 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga pegawai dan anggota bomba Betong.

Majlis disempurna­kan Ketua Pengerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Layar Horale @ Uris Enton mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu.

Dalam ucapannya, beliau memuji usaha Henry menghidupk­an budaya masyarakat Dayak sekali gus mengadakan program itu.

“Kita berasa amat bangga atas usaha mengadakan program ini di BBP Betong bagi merapatkan hubungan warga BBP Betong dalam menubuhkan Serakup Dayak Bomba Betong.

“Wakil rakyat kita tetap menyokong program ini dan beliau memohon maaf kerana tidak dapat hadir kerana tugas rasmi tidak dapat dielakkan di Kuching,” katanya.

Sementara itu, Ketua BBP Betong James Whelan @ Whelan Ngang berkata program itu bagi mengeratka­n hubungan antara pegawai dan anggota bomba pelbagai kaum.

“Warga BBP Betong terdiri daripada kaum Iban, Bidayuh dan Penan selain kaum Melayu yang begitu akrab dan bergaul dalam suasana harmoni,” katanya.

Tambahnya, kehadiran anggota bomba daripada kaum Melayu yang turut menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri membuktika­n perpaduan erat antara kaum di sini.

Beliau mengucapka­n selamat Hari Gawai kepada kaum Dayak dan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan berbangsa Melayu.

Henry dalam ucapannya, mahu ahli SDBB terus bekerjasam­a memajukan persatuan tersebut.

Selain itu, beliau meminta pandangan rakan- rakannya dalam apa juga perkara untuk memastikan SDBB terus maju.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada ADUN Layar kerana sudi menjadi penasihat I SDBB sekali gus memberi sumbangan dan membantu SDBB menjayakan program tersebut.

Antara aktiviti diadakan ialah ‘ngiling tikai, membuka ‘ai kujuk’, ‘ngerebah ranyai’, karaoke dan poco-poco.

Turut hadir barisan exco SDBB dan keluarga masingmasi­ng.

 ??  ?? SIMBOLIK: Horale (empat kanan) merasmikan acara menggulung tikar (ngiling tikai) pada majlis tersebut.
SIMBOLIK: Horale (empat kanan) merasmikan acara menggulung tikar (ngiling tikai) pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia