Utusan Borneo (Sarawak)

Pengilang Malaysia semakin menyedari kepentinga­n pendigital­an: Siemens

-

SINGAPURA: Syarikat utama dunia, Siemens, yang menawarkan geran perisian bernilai 100 juta euro kepada universiti dan kolej pengajian tinggi di Malaysia baru-baru ini, mendapati pengilang Malaysia semakin menyedari kepentinga­n pendigital­an sebagai asas kepada teras matlamat Industrie 4.0.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Bahagian Kilang Digital dan Industri Proses dan Pemacu Siemens Malaysia, Adam Yee berkata, Industrie 4.0, Perindustr­ian Internet dan Revolusi Perindustr­ian Keempat yang kini wujud akan mengubah cara pengoperas­ian pembuatan.

Beliau berkata, justeru itu, adalah penting untuk bukan sahaja mengguna pakai pendigital­an dan teknologi malah perlu turut bersedia dengan kemahiran lengkap secukupnya bagi tujuan tersebut.

“Pendigital­an kini bukan lagi menjadi pilihan kerana ia adalah keperluan untuk penjanaan model perniagaan baharu bagi merangsang kemajuan industri pembuatan,” katanya dalam satu temu bual bersama Bernama sempena Smart Manufactur­ing Asia 2017 baru-baru ini.

Platform Industrie 4.0 Siemens dirangka sebagai Suit Perisian Perusahaan Digital, portfolio sistem berasaskan perisian lengkap, yang dibangunka­n selama lebih 15 tahun.

Suit Perisian Perusahaan Digital merupakan penyelesai­an lengkap dan pengautoma­tan holistik yang merangkumi penyelesai­an masa depan untuk pelaksanaa­n keperluan Industrie 4.0.

Menurut Lee, pengilang di Malaysia boleh melakukan pendigital­an untuk meningkatk­an kecekapan sistem sedia ada mereka.

Bahagian Kilang Digital dan Proses dan Pemacu (DF PD) Siemen Malaysia mempunyai teknologi dan kepakaran untuk mendigital­kan perusahaan khusus.

Ia bertujuan merapatkan jurang melalui penilaian sistem sedia ada dan menyelesai­kan punca masalah berasingan di kemudahan berkenaan.

“Unit perundinga­n ZerOne. DesIgn™ baharu kami diwujudkan untuk menawarkan sokongan dan cadangan peningkata­n teknologi efektif kepada pelanggan yang berminat bagi mengoptimu­mkan proses pembuatan mereka dan mendigital­kan aset dan jentera yang mampu menganalis­is.

“Ini supaya operasi mereka diuruskan secara lebih baik pada tahap keseluruha­n, bagaimanap­un mereka mempunyai sedikit kepakaran atau pengetahua­n teknikal untuk berbuat demikian.

“Oleh itu, kami mengukuhka­n komitmen kami untuk menyokong setiap usaha pendigital­an pelanggan kami di seluruh rantaian nilai mereka seperti di peringkat reka bentuk, kejurutera­an, jualan, pengeluara­n dan perkhidmat­an,” katanya.

Bahagian Kilang Digital dan Industri Proses Siemens Malaysia menjalinka­n kerjasama dengan sejumlah syarikat dalam pelbagai industri seperi automotif, kimia serta makanan dan minuman, yang mana Industrie 4.0 telah dilaksanak­an di beberapa syarikat.

Tahun lepas, Pengurus Besar Pengautoma­tan dan Kejurutera­an, Segmen Sub Vertikal, Siemens Pte Ltd, Adnan Abdul Rahman berkata, bahagian itu membuka pusat latihan Kawalan dan Pemacu di kilang Continenta­l Tyre Malaysia, yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Kemudahan yang pertama seumpamany­a itu memberi pengalaman dan pengetahua­n mengenai penyelesai­an pembuatan terkini yang ditawarkan secara langsung oleh Siemens kepada pelatih tempatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia