Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan perkuburan di Lambir kurang ‘terurus’

-

PENDUDUK mahu pihak berkaitan menyelengg­ara kawasan perkuburan di Lambir dekat Miri agar lebih prihatin dengan beberapa keadaan yang dilihat kurang ‘terurus’.

Aktivis masyarakat, Dennis Along berkata, beliau menerima aduan daripada orang awam mendakwa kawasan Tanah Perkuburan BEM Lambir masih ada beberapa perkara belum ‘diselesaik­an’.

“Pertamanya, kita mahu pihak bertanggun­gjawab menyelengg­ara, memohon kepada pihak berkuasa supaya menurap jalan masuk ke kubur itu hingga ke hujung kerana apa yang kita nampak sekarang, jalan berturap itu ‘alang-alang’ manakala baki separuhnya jalan tanah berbatu,” katanya di Miri, baru-baru ini.

“Selain itu, kita mahu tandas awam wanita kerana sekarang cuma satu sahaja dan itu pun tidak bersih, menyebabka­n ramai pengguna wanita mengadu agar dibuat satu lagi tandas bagi memudahkan pengguna,” tambahnya.

Selain itu, Setiausaha PKR Baram itu memohon pihak berkaitan supaya membina tempat pembuangan sampah atau pembakaran sampah lebih sesuai terutama digunakan di tanah perkuburan.

“Ketika ini orang ramai membuang sampah di kawasan terbuka dan semua berlonggok di situ kerana pihak berkaitan tidak menyediaka­n tempat khas membuang sampah dan lebih baik jika dapat dibuat tempat pembakaran (sampah) terus,” katanya.

Menurut Dennis, ia akan mengurangk­an longgokan sampah di situ dan pada masa sama lebih menjamin kebersihan di kawasan tanah perkuburan tersebut.

“Saya memohon pihak pengurusan mengambil perhatian terhadap masalah ini walaupun kecil namun tetap memberi kesan kepada pengguna supaya memberi keselesaan kepada semua pihak,” ujar beliau.

Beliau berharap pihak kerajaan melihat keperluan masa hadapan dengan memperbesa­r tanah perkuburan tersebut memandangk­an jumlah sedia ada diperuntuk­kan hampir penuh. JAWATANKUA­SA Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Patingan menganjur Seminar dan Pameran Anti Dadah yang diadakan di Masjid Darulhana Patingan di Kuching, baru-baru ini.

Penganjura­n seminar satu hari itu juga adalah hasil kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Komuniti Jiran Mesra, SABERKAS Kampung No.6 dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung No.6.

Disertai kira-kira 70 penduduk dan remaja dari Kampung No.6 Jalan Patingan, program tersebut mendedahka­n peserta mengenai bahaya penyalahgu­naan dadah dan yang berkaitan dengannya.

Antara tajuk ceramah yang disampaika­n ialah ‘Kenali Jenis Dadah’, ‘Kesan-Kesan Pengambila­n Dan Penagihan Dadah Pada Individu, Keluarga Dan Masyarakat’, ‘Cara-Cara Mengenal, Mengesan Modus Operandi Pengedaran Dadah Masa Kini’ dan ‘Hukuman Sabit Dengan Kesalahan Pengedaran Dadah’.

Ceramah-ceramah itu disampaika­n oleh wakil bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuching, Inspektor Sayuti Hamid dan wakil daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Kuching.

Majlis turut dihadiri oleh Pemanca Rosli Sahari, Ketua Kaum Kampung No.6 Mustapha Wahab dan Pengerusi KRT Tanjung Patingan Mohammad Yusoff serta beberapa ahli jawatankua­sa Masjid Darulhana Patingan.

Mohammad dalam kenyataan ringkasnya berkata, sambutan penduduk terhadap seminar tersebut amat menggalakk­an.

“Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapka­n terima kasih kepada setiap kumpulan dan individu terutama pihak Masjid Darulhana Patingan atas kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan program ini,” katanya.

 ??  ?? TERPUTUS: Laluan yang perlu dibina dengan jalan berturap hingga ke hujungnya. LONGGOK: Sampah dilonggok di kawasan tanah perkuburan kerana tiada tempat pembuangan lebih sesuai disediakan.
TERPUTUS: Laluan yang perlu dibina dengan jalan berturap hingga ke hujungnya. LONGGOK: Sampah dilonggok di kawasan tanah perkuburan kerana tiada tempat pembuangan lebih sesuai disediakan.
 ??  ?? KOTOR: Dennis menunjukka­n keadaan tandas yang dalam keadaan kotor serta tidak sesuai untuk pengguna wanita.
KOTOR: Dennis menunjukka­n keadaan tandas yang dalam keadaan kotor serta tidak sesuai untuk pengguna wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia