Utusan Borneo (Sarawak)

Vettel ingin bawa Ferrari memenangi GP Monaco

-

MONTE CARLO, Monaco: Jenson Button terkejut dengan keputusan Fernando Alonso untuk berlumba pada Siri Indianapol­is 500 di Amerika Syarikat (AS) dan berkata Rabu lepas di mana beliau tidak mempunyai keinginan untuk mengekori jejak bekas rakan sepasukann­ya itu.

Button, juara Formula Satu (F1) ketika bersama pasukan Brawn GP pada 2009, menggantik­an tempat Alonso di pasukan McLaren untuk perlumbaan Grand Prix Monaco hujung minggu ini selepas Alonso memilih untuk berlumba di Indianapol­is pada hari yang sama (Ahad).

“(Perlumbaan) Indy tidak sesuatu yang pernah saya fikirkan. Secara peribadiny­a, saya terkejut di mana Fernando berminat untuk melakukann­ya tetapi kita semua suka perkara yang berbeza,” kata Button.

Button berkata beliau mahu bertanding dalam perlumbaan di Le Mans suatu hari nanti, satu lagi perlumbaan siri perlumbaan terkenal sukan bermotor seperti Indy dan F1, dan juga NASCAR, juga di AS.

“Dan ada perlumbaan sukan SIDANG MEDIA: (Dari kiri) Nico Hulkenberg dari pasukan Renault Sport, Jenson Button dari pasukan McLaren Honda dan Esteban Ocon dari pasukan Force India mengadakan sidang media di Litar Monte Carlo menjelang Grand Prix Monaco. bermotor lain yang saya suka seperti perlumbaan rali. Ada banyak perkara tetapi Indy tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk banyak sebab,” kata Button, yang melepaskan kedudukan selaku pemandu pasukan McLaren pada akhir 2016 tetapi masih dalam kontrak sebagai duta jenama.

Alonso layak untuk perlumbaan Indy 500 di petak kelima, menarik perhatian di Eropah dan AS dan beliau tidak dapat diragui berpotensi muncul juara pada perlumbaan dalam litar bujur ini.

Button berkata beliau akan menonton – sebaik sahaja diberitahu masa perlumbaan itu – dan ada menonton pemanduan pertama Alonso dengan kereta McLaren Indy yang diuruskan oleh pasukan Andretti Autosport.

“Saya ada menonton kali pertama beliau memandu kereta itu, sesuatu yang sentiasa menarik untuk melihat reaksi pemandu,” katanya. “Sebenarnya, ia mungkin lebih kepada reaksi media selepas beliau keluar dari kereta.

“Ia adalah apa yang paling saya suka lihat – kerana kita semua tahu Fernando cukup mesra dengan media. Jadi melihat reaksi beliau adalah lebih baik melihat aksinya dalam litar,” kata Button dengan nada berseloroh.

Ketika perlumbaan Indy memberikan banyak ruang kepada penonton dan peminat untuk berinterak­si secara terbuka, F1 adalah dunia yang lebih ekslusif. — Reuters MONTE CARLO, MONACO: Pendahulu keseluruha­n kategori pemandu, Sebastian Vettel, akan cuba menjarakka­n kedudukan dan menambah kekecewaan kepada pencabarny­a dengan memburu kemenangan pertama Ferrari di Grand Prix Monaco sejak 2001.

Vettel, juara dunia empat kali, memiliki kelebihan enam mata di hadapan Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes selepas lima perlumbaan musim ini tetapi akan memulakan hujung minggu perlumbaan di litar jalanan dengan menyedari kemenangan boleh memberikan kelebihan kepada saingan kejuaraan dunia yang dijangka sengit musim ini.

Beliau juga tahu ada beberapa kebimbanga­n di mana kereta Mercedes boleh menyamai kemampuan Ferrari mengharung­i selekoh sempit di litar yang menjadi kegemaran Hamilton, pemenang perlumbaan tahun lepas.

Hamilton, juara dunia tiga kali, akan memburu kemenangan ketiganya di Monaco selepas pernah menang pada 2008 sementara Vettel, ketika bersama pasukan Red Bull, memenangin­ya pada 2011, akan memburu keme- nangan kedua.

“Ketika ini, Ferrari sememangny­a memiliki kelebihan di sana ( Monaco),” kata pengerusi pasukan Mercedes, Niki Lauda.

“Kami akan mempunyai masalah dengan saiz tayar di selekoh sempit dan ia mungkin lebih teruk di Singapura nanti.”

Walaupun memenangi setiap perlumbaan di Monte Carlo sejak 2013, Mercedes kelihatan tidak senang kerana akan bermula dengan masalah.

Valtteri Bottas, yang menggantik­an juara dunia, Nico Rosberg ( bersara) sebagai rakan sepasukan Hamilton, memberi amaran: “Sebuah kereta dengan saiz tayar yang besar dalam litar dengan begitu banyak selekoh perlahan – kami mungkin berdepan masalah.”

Daniel Ricciardo, yang kehilangan peluang muncul juara kerana kesilapan taktik pasukan Red Bull beliau, juga menjadi ancaman kepada Vettel dan Hamilton dalam apa yang dijangka saingan menarik untuk kempen kelayakan ujian masa dan pada hari perlumbaan.

Hamilton bagaimanap­un akan memberikan saingan kuat untuk memburu kemenangan selepas muncul pemenang Grand Prix Sepanyol dua minggu lepas dan sedar beliau tidak mampu membiarkan Vettel satu peluang menjarakka­n kedudukan dalam saingan kejuaraan dunia.

Perlumbaan akan dianggap kali ke-64 di mana Grand Prix Monaco terlibat dalam perlumbaan Formula Satu – walaupun ia secara rasminya kali ke-75 sejak 1929 – dan akan menyaksika­n bekas juara, Jenson Button, kembali dari persaraan untuk mengisi tempat Fernando Alonso di McLaren. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? VETTEL
VETTEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia