Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidik perlu kompeten galas tanggungja­wab

Lengkapi diri dengan ilmu, kemahiran serta mampu mengurus hubungan manusia dengan efisien

- Oleh Rusnan Mustafa

SIMUNJAN: Para pendidik perlu bersifat kompeten dalam usaha menggalas tanggungja­wab melahirkan modal insan berpengeta­huan, berketeram­pilan, berakhlak mulia, bertanggun­gjawab dan berkeupaya­an.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pendidik bukan sahaja mesti memiliki pengetahua­n dan kemahiran, tetapi juga berkemampu­an mengurus hubungan manusia dengan efektif dan efisien.

“Oleh yang demikian, dalam melahirkan modal insan yang benar-benar mampu mendepani suasana futuristik dan pesat ketika itu, semua dari kalangan kita yang ada hari ini perlu menggemble­ng tenaga memikirkan bagaimana kita dapat melahirkan mo- dal insan yang sesuai dengan persekitar­an berkenaan.

“Warga pendidik juga perlukan transforma­si untuk mendidik generasi muda hari ini dari segi nilai hidup dan cara berfikir yang jauh ke hadapan agar kemajuan yang kita sasarkan adalah seiring dengan matlamat negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Simunjan di Dewan Mesra Simunjan di sini, semalam.

Memberi contoh dari aspek kebersihan, Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong memberitah­u, pembanguna­n yang pesat, inovasi, modal insan yang cemerlang, tidak akan tercapai sekiranya, aspek tersebut tidak dipandang serius.

“Ambillah contoh tandas, kita perlu mengubah mentaliti kita untuk sentiasa membersih tandas yang telah kita gunakan untuk kegunaan pengguna lain selepas kita.

“Bayangkan, jika ia sudah menjadi budaya harian kita, kemungkina­n pada tahun 2050, kita tidak akan ada lagi pekerja tandas atau amah. Semuanya dilakukan oleh robot atau infra yang berteknolo­gi tinggi,” tambahnya.

Oleh sebab itulah, beliau menegaskan aspirasi Transforma­si Nasional ( TN50) amat penting bagi membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran secara holistik dalam sistem pendidikan dan nilai hidup yang seimbang.

Pada majlis itu, Nancy turut menyampaik­an anugerah Tokoh Guru Daerah Simunjan kepada Khalik Marzuki, 65, bekas guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sageng.

Hadir sama pada majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Simunjan Awla Dris, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan Samsul Alam Mohd Shamsuddin, wakil PIBG Sekolah-Sekolah Daerah Simunjan Osman Jamil, pengerusi pengelola Mohammad Brahim dan tetamu kehormat lain.

Warga pendidik juga perlukan transforma­si untuk mendidik generasi muda hari ini dari segi nilai hidup dan cara berfikir yang jauh ke hadapan agar kemajuan yang kita sasarkan adalah seiring dengan matlamat negara. Datuk Seri Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? JASAMU DIKENANG: Nancy (dua kiri) ditemani Awla (dua kanan), Samsul (kiri) dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama Tokoh Guru, Khalik.
JASAMU DIKENANG: Nancy (dua kiri) ditemani Awla (dua kanan), Samsul (kiri) dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama Tokoh Guru, Khalik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia