Utusan Borneo (Sarawak)

Empat lagi maut di cerun Everest

-

K ATHMANDU: Mayat empat pendaki dijumpai dalam sebuah khemah di cerun Everest, kata penganjur ekspedisi semalam, menjadikan kematian di atas puncak tertinggi di dunia itu musim bunga ini mencecah 10.

Mangsa dijumpai di kem empat pada ketinggian 7,950 meter kelmarin oleh pasukan penyelamat yang cuba mendapatka­n mayat seorang pendaki Slovak yang mati Ahad lepas.

“Penyelamat menjumpai mayat empat pendaki dalam sebuah khemah di kem empat semalam.

“Kita belum ada maklumat terperinci mengenai identiti dan cara kematian mangsa,” kata Mingma Sherpa, ketua Seven Summits Trek, agensi di Kathmandu yang mengusahak­an ekspedisi dan operasi menyelamat.

Media melaporkan dua mangsa warga asing manakala dua lagi pemandu Sherpa.

Empat orang mati di atas puncak setinggi 8,848 meter itu hujung minggu lepas, termasuk doktor Amerika Roland Yearwood dan pendaki Slovak Vladimir Strba.

Kedua-dua mereka mati di atas paras 8,000 meter.

Mayat pendaki dari India, Ravi Kumar, 27, dijumpai Isnin lepas, dua hari selepas sampai ke puncak sebelum terputus hubungan. Operasi menyelamat kini cuba mendapatka­n mayatnya.

Seorang pendaki Australia mati di bahagian Tibet gunung itu Ahad lepas.

Musim ini turut meragut nyawa pendaki legenda Swiss Ueli Steck dan Min Bahadur Sherchan, 85, yang mati ketika cuba merampas semula gelarannya sebagai manusia tertua di dunia mendaki Everest. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia