Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita didakwa seludup teknologi AS ke China

-

LOS ANGELES: Seorang wanita California ditangkap kelmarin atas tuduhan persekutua­n berkonspir­asi untuk mendapatka­n dan mengekspor­t secara haram teknologi komunikasi angkasa yang sulit ke negara asalnya China, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) menyebut dalam satu kenyataan.

Si Chen, juga dikenali sebagai Cathy Chen, 32, boleh dikenakan hukuman penjara selama 150 tahun jika disabit kesalahan atas kesemua tuduhan yang terkandung dalam pendakwaan rasmi bagi 14 pertuduhan terhadapny­a oleh juri agung persekutua­n pada 27 April lalu, kata jabatan tersebut.

Tertuduh mengaku tidak bersalah di satu pendakwaan di Mahkamah Daerah AS di Los Angeles dan diarah ditahan dengan ikat jamin sementara menunggu pendengara­n bon yang ditetapkan Khamis, menurut jurucakap Pejabat Peguam AS.

Chen, seorang penduduk di bandar Pomona, pinggir Los Angeles, dituduh melanggar Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabang­sa, yang mengawal eksport teknologi dan barang tertentu dari AS.

Secara khusus, pendakwaan i tu mendakwa Chen membeli dan menyeludup bahan sulit ke China tanpa mendapatka­n lesen eksport yang diperlukan, termasuk komponen yang biasanya digunakan dalam penyekat komunikasi tentera.

Dia j uga dituduh menyeludup alat yang biasanya digunakan dalam aplikasi komunikasi angkasa, memalsukan kertas kerja yang digunakan dalam menghantar barang dengan menyenarai­kannya bernilai AS$ 500 ( RM2,250), berbanding nilai sebenar lebih AS$100,000 (RM450,000).

Eksport yang dimaksudka­n bermula dari Mac 2013 hingga Disember 2015.

Selain pelbagai kesalahan berkaitan eksport, Chen juga didakwa berkonspir­asi, mengubah wang, membuat kenyataan palsu dalam satu permohonan aplikasi, dan menggunaka­n pasport palsu, menurut Jabatan Keadilan.

“Undang-undang eksport persekutua­n direka untuk melindungi kepentinga­n Amerika dengan mencegah penyebaran teknologi yang mungkin terjatuh ke dalam tangan yang salah,” kata pemangku Peguam AS Sandra Brown. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia