Utusan Borneo (Sarawak)

Naik taraf kemudahan sekolah, rumah guru jadi keutamaan

-

SANDAKAN: Ahli Parlimen Kinabatang­an Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata usaha menaik taraf kemudahan dalam sekolah dan rumah guru di kawasan pedalaman di Kinabatang­an menjadi keutamaand­alampemban­gunan pendidikan di kawasan itu.

Katanya beliau menyedari masih banyak sekolah dan rumah guru di luar bandar daerah ini perlu dinaik taraf untuk keselesaan pelajar serta guru.

Justeru, katanya, beliau sentiasa membawa perkara itu kepada kerajaan persekutua­n dan Kementeria­n Pendidikan untuk diambil tindakan.

“Bagi saya, sekolah di luar bandar juga harus menikmati prasarana yang baik seperti yang terdapat di sekolah bandar.

“Saya yakin usaha ini dapat direalisas­ikan menerusi komitmen kerajaan persekutua­n dan perhatian yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya ketika merasmikan Majlis Hari Guru dan Penyampaia­n Sijil Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) di sini, semalam.

Pada majlis itu, Bung Moktar menyampaik­an sijil APC kepada 79 guru serta anugerah Tokoh Guru kepada dua penerima iaitu bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sandau, Sabril Ludin dan bekas Guru Besar SK Jaya Baru, Muin Amil.

Beliau yang juga Pengerusi Felcra Berhad menghargai sumbangan guru yang mampu menggalas tugas biarpun berhadapan kekurangan dari segi prasarana di sekolah tempat mereka bertugas.

Katanya guru yang bertugas di beberapa sekolah luar bandar di Kinabatang­an mempunyai semangat juang yang tinggi dalam memartabat­kan pendidikan biarpun berdepan cabaran dari segi perhubunga­n dan pengangkut­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia