Utusan Borneo (Sarawak)

Costa akan terus berkhidmat di Stamford Bridge

-

LONDON, England: Kelab Liga Super China, Tianjin Quanjian, menegaskan mereka tidak ada mengadakan sebarang rundingan dengan penyerang Chelsea, Diego Costa dalam satu tempoh enam bulan terakhir.

Penyerang antarabang­sa Sepanyol itu dikaitkan dengan satu perpindaha­n ke China pada bulan Januari tetapi akhirnya terus kekal di Stamford Bridge dan membantu kelab memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Masa depan Costa bagaimanap­un masih menjadi tanda tanya dengan pengurus Chelsea, Antonio Conte ada mencadangk­an minggu lepas di mana beliau dengan gembira membenarka­n pemain meninggalk­an kelab jika mereka tidak memberikan komitmen sepenuhnya kepada Chelsea.

Ia dilaporkan di mana T i a n j i n a k a n mengemukak­an tawaran berjumlah 60 juta pound u n t u k Costa dan juga gaji b e r p o - t e n s i lebih dari 3 0 0 , 0 0 0 pound seminggu.

Bagaimanap­un, Tianjin mengeluark­an satu kenyataan Selasa lepas untuk menegaskan bahawa tiada sebarang rundingan dengan pemain dan juga mereka tidak bersedia mem- buat sebarang pembelian ‘ melampau’. “Untuk enam bulan terakhir, kelab kami tidak terlibat dalam sebarang bentuk komunikasi dan rundingan dengan Diego Costa atau perwakil a n n y a , ” m e n u - rut pihak Tianjin. “Kelab kami akan menggarisk­an pelan perpindaha­n rasional ketika kami mahu meningkatk­an pengalaman penonton dalam Liga Super China dan memenuhi tuntutan lestari. “Kami tidak akan terlibat dalam sebarang saingan tidak sihat dan ia menghalang sebarang pembelian melampau.”

Badan pengurusan sukan di China mengumumka­n rancangan pada bulan Januari untuk menangani perbelanja­an melampau dari kelab- kelab besar di negara itu.

Pemain bintang seperti Oscar, Carlos Tevez, Alex Teixeira dan Hulk berpindah ke Liga Super China dengan yuran perpindaha­n dan kontrak lumayan sejak beberapa tahun yang lalu.

Malah Jorge Mendes, ejen bintang bola sepak Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo mendakwa pada bul a n Disember tahun lepas di mana sebuah kelab ada menawarkan Real Madrid dengan pembayaran 300 juta euro untuk mendapatka­n Ronaldo.

Selain Costa dan Ronaldo, penyerang Borussia Dortmund dalam Bundesliga Jerman, Pierre- Emerick Aubameyang dan penyerang Paris Saint Germain ( PSG) di Perancis, Edinson Cavani, turut dikaitkan dengan kelab Tianjin. — Reuters

 ??  ?? COSTA
COSTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia