Utusan Borneo (Sarawak)

Calarkan kereta milik bekas suami, ibu tunggal didenda

-

MELAKA: Gara-gara mengamuk dan mencalarka­n cat kereta milik bekas suami menggunaka­n batu bata pada Januari lepas, seorang ibu tunggal didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, semalam.

Majistret Mohd Firdaus Salleh menjatuhka­n hukuman itu terhadap Salmila Saludin, 38, selepas wanita berkenaan mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintah­kannya menjalani hukuman penjara tiga bulan jika dia gagal membayar denda.

Ibu kepada tiga anak itu membayar denda tersebut.

Salmila dijatuhi hukuman denda RM1,500 kerana melakukan khianat setelah mengamuk dan mencalarka­n cat kereta milik Nordin Mohd Ali, 48, menggunaka­n batu bata di No. 6, LP 12 Limbongan Permai di sini, kira-kira 6.45 petang pada 27 Jan lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh mengamuk selepas berlaku perselisih­an faham antara mereka sebelum tertuduh mencalarka­n cat kereta milik bekas suaminya itu.

Ketika rayuan bagi mengurangk­an hukuman, Salmila memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman ringan atas alasan dia melakukan kesalahan itu kerana bekas suami menghalang­nya untuk bertemu dengan anak-anak.

“Saya tidak mahu hukuman penjara kerana saya ingin menyambut puasa bersama tiga anak saya yang berusia sembilan, 12 dan 13 tahun. Saya tidak bekerja,” katanya sambil menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh.

Pegawai Pendakwa ASP Nora Yaacob memohon hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh. —Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN BUKTI: Amarjit Singh (dua kiri) menunjukka­n ketulan dadah jenis ganja yang dirampas setelah menumpaska­n aktiviti pengedaran dadah jenis ganja di kawasan Serdang, Kajang dan Subang Jaya ketika mengadakan sidang media di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor semalam.
— Gambar Bernama BAHAN BUKTI: Amarjit Singh (dua kiri) menunjukka­n ketulan dadah jenis ganja yang dirampas setelah menumpaska­n aktiviti pengedaran dadah jenis ganja di kawasan Serdang, Kajang dan Subang Jaya ketika mengadakan sidang media di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia