Utusan Borneo (Sarawak)

Jelajah permotoran pesat berkembang dalam pelanconga­n

Semakin banyak aktiviti permotoran dianjur di Sarawak kini berbanding empat atau lima tahun lalu, kata Abang Johari

- Oleh Harry Ilias

Dengan terbinanya Lebuh Raya Pan Borneo, kita percaya industri pelanconga­n melalui jelajah permotoran akan terus berkembang maju.

KUCHING: Jelajah permotoran adalah salah satu daripada segmen yang pesat berkembang dalam industri pelanconga­n negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata semakin banyak aktiviti permotoran dianjurkan di Sarawak kebelakang­an ini berbanding empat atau lima tahun lalu.

“Dengan terbinanya Lebuh Raya Pan Borneo, kita percaya industri pelanconga­n melalui jelajah permotoran akan terus berkembang maju,” ujar Abang Johari dalam teks ucapan yang dibaca Menteri Muda Belia dan Sukan Snowdan Lawan semalam.

Bercakap semasa perasmian Borneo Internatio­nal Harley Owners Group (HOG) Rally Malaysia, Abang Johari berkata perhimpuna­n motosikal

Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

berkuasa tinggi itu memberi peluang kepada pemilik Harley-Davidson dari serata dunia merasai pengalaman luar biasa menjelajah Kepulauan Borneo.

“Jelajah akan bermula dari Kota Kinabalu, Sabah dan berakhir di Kuching.

“Mereka akan bergerak sejauh kira-kira 1,450 kilometer merentasi landskap menarik, merasai pelbagai jenis makanan dan menikmati kepelbagai­an budaya masyarakat tempatan,” katanya.

Jelajah itu dianjurkan oleh HOG Cawangan Kuala Lumpur, bermula dari 30 September hingga 9 Oktober 2017.

Pengarah HOG Kuala Lumpur TJ Rolan berkata peserta akan berpeluang merasai keunikan tinggal di rumah panjang dan bergaul dengan masyarakat tempatan melalui projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

“Kami menyasarka­n mengumpul sejumlah 150 hingga 200 pemilik motosikal HarleyDavi­dson dari seluruh dunia.

“Kami juga berharap untuk melihat lebih banyak aktiviti permotoran dianjurkan di Sarawak pada masa akan datang,” tambah beliau.

Borneo Internatio­nal Harley Owners Group (HOG) Rally Malaysia dianjur bersama kerajaan negeri serta ahli HOG dari Sarawak, Sabah dan Labuan.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Snowdan (kanan) menerima cenderamat­a daripada TJ Rolan selepas merasmikan Borneo Internatio­nal Harley Owners Group (HOG) Rally Malaysia.
TERIMA KASIH: Snowdan (kanan) menerima cenderamat­a daripada TJ Rolan selepas merasmikan Borneo Internatio­nal Harley Owners Group (HOG) Rally Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia