Utusan Borneo (Sarawak)

CCM labur RM15 juta bagi naik taraf kilang ubat kanser

-

KUALA LUMPUR: Chemical Company of Malaysia Bhd ( CCM) melabur sebanyak RM15 juta untuk membuka kilang High Active Potent Ingredient­s (HAPI) di negara ini bagi pengeluara­n ubat-ubatan generik kanser.

Pengarah Urusan Kumpulan Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, HAPI akan membolehka­n CCM meluaskan keupayaan portfolio produk khususnya dalam penawaran ubat-ubatan onkologi generik untuk merawat kanser payudara, kanser paru-paru, kanser kolorektal, kanser pangkal rahim dan kanser darah.

Beliau berkata penaiktara­fan kilang CCM di Glenmarie, Shah Alam, adalah sebagai batu loncatan untuk terlibat dalam segmen onkologi, sebagai langkah bagi mengukuhka­n bahagian farmaseuti­kal CCM.

“Sekarang ini, kami telah pun menyiapkan perjanjian pemindahan teknologi. Perubahan fizikal ke atas kilang kami di Glenmarie dijangka bermula pada suku pertama tahun 2017.

“Mudah-mudahan, dalam tempoh 24 bulan akan datang, kami akan berada dalam kedudukan terbaik untuk memulakan penawaran produk buatan tempatan di pasaran Malaysia,” katanya selepas pelancaran ‘Kempen Reben Lavender’ di sini semalam.

Ariff berkata, kadar ambilan untuk dua daripada produk kanser SSM yang sedia ada iaitu Letronat dan Kytron, yang akan dikomersia­lkan oleh CCM Pharmaceut­icals, adalah sangat positif.

“Fasiliti tersebut bermatlama­t untuk menghasilk­an ubat-ubatan yang kos efektif untuk pasaran domestik secara keseluruha­n.

“Kami ingin akhirnya menguasai bahagian pasaran onkologi di Malaysia, yang dianggarka­n bernilai kira-kira RM400 juta setahun,” katanya.

Katanya, keupayaan HAPI juga dijangka mencukupi bagi memenuhi pasaran ASEAN.

“Kempen Reben Lavender yang dimulakan oleh CCM, dengan kerjasama Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) dan HealthToda­y, bertujuan untuk memberi kesedaran kanser kepada pesakit, penjaga, golongan profesiona­l dalam penjagaan kesihatan serta orang awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia