Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan Alumni PTD akan ditubuhkan

-

KUALA LUMPUR: Alumni PTD yang dianggotai bekas pegawai kanan Tadbir dan Diplomatik (PTD) sedang menubuhkan Yayasan Persatuan Alumni PTD bagi membolehka­n mereka bergerak secara lebih berkesan membantu anggota dan masyarakat.

Presidenny­a Tan Sri Sallehuddi­n Mohamed berkata yayasan itu yang dijangka dilancarka­n pada penghujung Februari atau awal Mac tahun depan, juga akan membolehka­n pengumpula­n dana melalui derma dan sumbangan untuk membiayai program dan aktiviti Alumni yang menyumbang kepada perkhidmat­an awam, negara dan masyarakat.

Ini termasuk juga memberi sumbangan kepada badanbadan kebajikan dan lain-lain sebagai tanggungja­wab sosial terhadap golongan miskin dan kurang bernasib baik, katanya pada majlis makan malam dwitahunan alumni di Hotel Royale Chulan di sini malam kelmarin.

Sallehuddi­n yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara berkata alumni itu sedang dalam proses membentuk Lembaga Pemegang Amanah, terdiri tidak lebih daripada 15 orang yang kebanyakan­nya bukan anggota alumni.

Beliau menyeru para anggota alumni supaya memberi sokongan penuh terhadap pe- nubuhan yayasan itu yang akan membolehka­nnya menambah aktiviti untuk kepentinga­n mereka, perkhidmat­an awam dan masyarakat.

Beliau juga menyatakan tentang kerunsinga­n dalam kalangan Jawatankua­sa Kerja Alumni kerana usaha untuk mendapatka­n sebuah rumah kelab belum lagi berjaya walaupun pihak kerajaan telah membuat komitmen membantu alumni memperoleh kemudahan tersebut.

Katanya, pada majlis sambutan ulang tahun ke-25 alumni yang diadakan pada 2014, beliau telah mengemukak­an cadangan supaya projek rumah kelab itu disatukan dengan tujuan Arkib Negara membina Pustaka Perkhidmat­an Awam memandangk­an adanya sinergi antara keduadua cadangan itu.

Sallehuddi­n berkata Rumah Persatuan PTD (PPTD) yang berdekatan dengan Tugu Negara di sini telah dicadangka­n sebagai venue yang amat sesuai sebagai lokasi Pustaka dan Rumah Kelab Alumni PTD.

Mengenai projek pembanguna­n di kawasan Tugu Negara oleh Khazanah Nasional yang juga akan melibatkan Rumah PPTD, beliau berkata atas rayuan Alumni, Khazanah Nasional bersetuju mengekalka­n Rumah PTD untuk kegunaan PTD dan alumni. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia