Utusan Borneo (Sarawak)

KBAT antara faktor Malaysia catat peningkata­n skor dalam PISA 2015

-

PUTRAJAYA: Inisiatif kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT) merupakan penekanan utama yang menyebabka­n Malaysia mencatatka­n peningkata­n skor dalam Program Penilaian Pelajar Antarabang­sa (PISA) 2015.

Ketika mengumumka­n keputusan PISA 2015, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata Malaysia mencatatka­n peningkata­n skor dalam ketiga- tiga domain PISA iaitu literasi saintifik, literasi bacaan dan literasi matematik.

Bagi literasi saintifik, beliau berkata Malaysia mencatatka­n peningkata­n skor sebanyak 443 mata, iaitu meningkat sebanyak 23 mata berbanding PISA 2012.

Literasi bacaan pula, beliau berkata skor yang dicapai adalah sebanyak 431 mata iaitu meningkat 33 mata manakala bagi literasi matematik, skor yang dicapai adalah 446 mata iaitu meningkat 25 mata.

“PISA 2015 juga menunjukka­n lebih 60 peratus pelajar dapat mengaplika­si pengetahua­n dan kemahiran mereka dalam situasi sebenar kehidupan serta bersedia untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam masyarakat,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

PISA merupakan kajian pentaksira­n antarabang­sa yang mengukur pencapaian pelajar berumur 15 tahun ke atas dalam literasi saintifik, literasi bacaan dan literasi matematik serta merupakan program pentaksira­n dan kajian perbanding­an antarabang­sa anjuran Organisati­on for Economic Co-operation and Developmen­t (OECD).

Selain KBAT, Amin berkata strategi penambahba­ikan yang menyumbang kepada pencapaian memberangs­angkan PISA 2015 termasukla­h pembanguna­n bahan sumber sains dan matematik fasa 1 dan 2, perbincang­an meja bulat bersama pakar, kempen kesedaran sains dan matematik kepada pengetua, ketua bidang sains dan matematik, pegawai dan pensyarah IPG.

“Pembanguna­n bahan sumber Hayati Eksplorasi Berfikir Aras Tinggi (HEBAT), penandaara­san kurikulum sains, matematik dan bahasa Inggeris serta kursus jurulatih utama HEBAT juga berjaya meningkatk­an prestasi Malaysia,” katanya.

Amin berkata penambahba­ikan berterusan akan dilakukan bagi memastikan pencapaian Malaysia dalam PISA akan datang terus meningkat dengan melaksanak­an lebih banyak usaha melalui inisiatif Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) yang dirancang bagi setiap gelombang.

Antara usaha dan inisiatif itu ialah berkongsi da- patan dan maklumat kajian kepada pemegang taruh yang berkaitan, memantau pelaksanaa­n kurikulum baharu, meningkatk­an latihan profesiona­lisme guru, memperkuku­hkan pengajaran dan pembelajar­an abad ke-21 dan memantau pelaksanaa­n pentaksira­n serta menambah baik instrumen pentaksira­n, katanya.

Pentaksira­n dan kajian PISA 2015 diadakan pada 20 April hingga 8 Mei tahun lepas dan melibatkan penyertaan 72 negara.

Penilaian itu dijalankan secara mod bertulis berasaskan sistem komputer dengan setiap pelajar dikehendak­i menjawab item kognitif dan soal selidik berdasarka­n domain ditetapkan.

Bagi kajian PISA 2015, sebanyak 230 buah sekolah di seluruh negara melibatkan 9,660 pelajar, 230 pentadbir dan 5,750 guru dipilih sebagai sampel.

Malaysia telah mengambil bahagian dalam pusingan PISA 2009 pada 2010 yang dikenali sebagai PISA 2009+ dan PISA 2012 di mana ia menjadi pencetus kepada transforma­si pendidikan negara melalui inisiatifi­nisiatif yang diterjemah­kan dalam PPPM 2013-2025. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia