Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic, Becker berpisah

Menamatkan kerjasama selepas tiga tahun bersama

-

BERLIN, Jerman: Pemain ranking kedua dunia, Novak Djokovic, mengesahka­n Selasa lepas di mana beliau sudah menamatkan kerjasama dengan jurulatih Boris Becker selepas tiga tahun bersama.

“Boris Becker dan saya membuat keputusan bersama untuk menamatkan k e r j a s a - ma k a m i , ” k a t a D j o k o - vic, yang memenangi kejuaraan T e r b u k a A u s t r a l i a dan Terbuka Perancis tahun ini, ketika menulis dalam akaun rasmi laman sosial, Facebook.

Jaguh dari Serbia itu memenangi 12 kejuaraan Grand Slam sepanjang kerjayanya – enam kali ketika bekerjasam­a dengan Becker – dua kali Terb u k a

Boris Becker dan saya membuat keputusan bersama untuk menamatkan kerjasama kami. Novak Djokovic Pemain ranking kedua dunia

Australia (2015, 2016) dan Wim- b l e d o n ( 2014 dan 2015) dan Terbuka Perancis ( 2016) dan Terbuka A m e r i k a (2016). “Sasaran yang kami t e t a p k a n apabila mula bekerjasam­a sudah dicapai dan saya mahu berterima kasih kepada beliau di atas kerjasama, kerja berpasukan, dedikasi dan komitmen beliau,” kata Djokovic, 29.

“Selain dari itu, rancangan profesiona­l saya kini adalah untuk mengekalka­n tahap permainan yang baik dan juga memastikan jadual yang betul dan sasaran baharu pada musim hadapan.

“Berhubung perkara ini, saya akan membuat keputusan lain di masa hadapan.”

Becker, 49, membalas dengan menggunaka­n akaun peribadi Twitter bersamasam­a gambar Djokovic meraikan kejuaraan Terbuka Perancis tahun ini dengan berkata: “Terima Kasih! Kita mengharung­i saat yang hebat!”

Selepas kejuaraan di Paris pada bulan Jun, Djokovic

mengharung­i s e p a - ruh kedua musim yang hambar dan kehilangan ranking nombor satu dunia yang dipegang selama 122 minggu kepada jaguh Britain Andy Murray pada bulan November. Djokovic gagal mempertaha­nkan kejuaraan Wimbledon dan Terbuka Amerika dan tersingkir di pusingan pertama Sukan Olimpik. Djokovic melakukan satu pertukaran kepada pasukan kejurulati­hannya pada akhir musim 2016 dengan Pepe Imaz menyertai beliau dari Siri Master Paris, di mana Djokovic tewas di suku akhir dan di kejohanan Final Jelajah Dunia di London di mana beliau tewas kepada Murray di final. — AFP

 ??  ?? DJOKOVIC BECKER
DJOKOVIC BECKER
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia