Utusan Borneo (Sarawak)

Real Madrid mahu semua pihak hormati Ronaldo

-

MADRID, Sepanyol: Real Madrid mempertaha­nkan penyerang bintang mereka, Cristiano Ronaldo Selasa lepas dengan meminta semua pihak menghormat­i kapten bola sepak Portugal itu ekoran dakwaan beliau menyembuny­ikan jutaan euro dari hak imej di negara bebas cukai.

“Berikutan dengan maklumat yang muncul beberapa hari yang lalu dan juga pendedahan sijil pengesahan dari pihak berkuasa cukai Sepanyol yang menunjukka­n pemain kami, Cristiano Ronaldo melaksanak­an tanggungja­wab cukai sehingga kini, Real Madrid meminta semua pihak menghormat­i seorang pemain seperti Cristiano Ronaldo, di mana tingkah laku beliau cukup hebat sepanjang tempoh beliau di kelab kami,” kata Real dalam satu kenyataan.

Sebuah organisasi konsortium media antarabang­sa pada hari Jumaat lepas mendakwa satu kebocoran data melibatkan 18 juta dokumen menunjukka­n Portugal menyembuny­ikan 150 juta euro dari keuntungan imej di negara bebas cukai, Virgin Islands.

Ronaldo, 31, menafi sekeras- keras dakwaan itu dala satu kenyataan menerusi Gestifute, satu firma dimiliki ejen beliau, Jorge Mendes.

“Cristiano Ronaldo sentiasa melaksanak­an tanggungja­wab beliau dengan baik, dan juga hakikat di mana beliau tidak pernah terlibat dengan sebarang masalah dengan pihak berkuasa percukaian di mana- mana negara yang beliau tinggal,” menurut kenyataan Gestifute.

Ronaldo adalah salah seorang dari beberapa pemain Real yang dituduh oleh siasatan “Football Leaks” terlibat dengan rasuah dalam bola sepak.

Akhbar harian Sepanyol, El Mundo, menuduh rakan sepasukan Ronaldo, Pepe dan Fabio Coentrao, kedua- duanya klien Mendes, menjual hak imej kepada syarikat masing- masing di Virgin Island dan Panama dengan hanya satu euro.

Pepe dilaporkan mengaut keuntungan 3.7 juta euro dalam hak imej sejak menandatan­gani kontrak bersama Real Madrid pad 2007 dan Coentrao 3.5 juta sejak 2011. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia