Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ tawar penguranga­n kompaun memandu tanpa lesen

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) menawarkan penguranga­n kadar kompaun kepada pengguna jalan raya yang tidak mempunyai lesen memandu atau lesen telah tamat tempoh.

JPJ dalam kenyataan semalam berkata, penguranga­n kompaun daripada jumlah maksimum RM300 itu ditawarkan secara berperingk­at kepada pemandu kenderaan dan juga penunggang motosikal yang melakukan kesalahan itu.

“Di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, pemandu kenderaan atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen mereka tamat tempoh, boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300.

“Namun demikian, sekiranya pesalah menjelaska­n kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, kadar penguranga­n bayaran akan ditawarkan kepada mereka,” katanya.

Menurut kenyataan itu, bagi motosikal, jika bayaran dibuat dalam tempoh satu hingga 15 hari, kompaun ditawarkan sebanyak RM100, 16 hingga 30 hari (RM150), 31 hingga 60 hari (RM250).

Bagi lain-lain kenderaan, jika bayaran dibuat dalam tempoh satu hingga 15 hari, kompaun yang ditawarkan adalah sebanyak RM150, 16 hingga 30 hari (RM200), dan 31 hingga 60 hari (RM300).

Pembaharua­n lesen memandu yang telah tamat tem- poh boleh dibuat di semua pejabat JPJ mahupun agensi yang dilantik tanpa dikenakan kompaun.

Pembaharua­n lesen itu hanya tertakluk kepada lesen memandu yang tamat tempoh tidak lebih daripada tiga tahun.

JPJ juga ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaru­h dan mempercaya­i sebarang mesej JPJ melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sah.

“Sekiranya terdapat sebarang kemusykila­n, orang awam dinasihatk­an untuk merujuk terus kepada jabatan ini dan tidak turut serta menyebarka­n salah faham (berkaitan JPJ),” demikian menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia