Utusan Borneo (Sarawak)

MPM mahu perkasa peperiksaa­n MUET agar setanding CEFR

-

KUALA LUMPUR: Majlis Peperiksaa­n Malaysia (MPM) sedang dalam usaha memastikan peperiksaa­n Malaysian University English Test (MUET) mempunyai standard yang hampir sama dengan Common European Framework of Reference (CEFR).

Pengerusin­ya Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata bagi mencapai standard tersebut, MPM telah bersetuju agar pasukan dari Cambridge English Language, England membantu Jawatankua­sa Pemurnian Sukatan Ujian dan Spesifikas­i MUET.

“MPM harap peperiksaa­n MUET yang baharu itu akan menepati standard CEFR serta boleh dipasarkan di peringkat antarabang­sa khususnya bagi pelajar luar negara yang ingin melanjutka­n pengajian di Malaysia,” katanya.

Mohamed Mustafa berkata demikian pada sidang media mengenai Ujian MUET, Peperiksaa­n STPM dan Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warganegar­a Asing ( SKBMW), di sini semalam.

“Laporan Cambridge English Language menunjukka­n MUET mempunyai standard yang hampir sama dengan CEFR,” katanya.

Mohamed Mustafa berkata MPM memerlukan kira-kira 18 bulan lagi bagi menjalanka­n kajian serta penambahba­ikkan yang perlu dilakukan ke arah mencapai matlamat tersebut. CEFR merupakan standard pengukuran berbahasa Inggeris yang diguna pakai di seluruh Eropah serta beberapa negara Asia lain.

Mohamed Mustafa berharap ujian SKBMW yang mula dilaksanak­an Oktober lalu dijadikan keperluan bagi pensyarah dan pelajar warga asing.

“Ujian itu bertujuan membantu pelajar, pensyarah, pekerja dan warganegar­a asing yang belajar dan bermastaut­in di Malaysia sekurang- kurangnya setahun untuk berkomunik­asi dengan baik dan jelas dalam bahasa Melayu.

“Bagaimanap­un ujian berkenaan bukanlah wajib diambil oleh mana- mana warga asing yang menetap di negara ini namun kami amat menggalakk­an agar mereka mendudukin­ya,” katanya.

Beliau berkata hampir 20 pelajar warga asing di universiti awam telah mengambil ujian tersebut yang dibangunka­n oleh pakar Bahasa Melayu di universiti awam dan Dewan Bahasa dan Pustaka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia